Monday, June 3, 2013

RED BEAN ARMY WAJAR ‘DIBUNUH’ DAN DISERET KE MUKA PENGADILAN


Red Bean Army wajar ‘dibunuh’ dan diseret ke muka pengadilan memandangkan kumpulan itu boleh mendatangkan ancaman kepada negara selain memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ketangkasan polis mengenal pasti beberapa individu yang didakwa terlibat dengan tentera siber tersebut menyebabkan sebilangan besar mereka mula gelisah, cemas dan kini wujud kemelut antara mereka.

Sejak akhir-akhir ini Red Bean Army lebih berani menonjolkan identiti dengan meletakkan gambar kacang merah di laman sosial terutama selepas pengikutnya semakin bertambah.

Berdasarkan pembacaan menerusi laman sosial mereka, tenteranya berada di seluruh dunia. Mereka terdiri daripada golongan muda dan kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas. Paling penting, matlamat Red Bean Army adalah menjatuhkan kerajaan BN walau dengan apa cara sekalipun.

Rangkaian laman sosial mereka sangat meluas. Kaedah mereka sebarkan maklumat juga cukup sempurna dan proaktif. Apa sahaja isu yang baru mendapat liputan media terutama melibatkan BN pasti disebarkan dengan pantas dan diputar-belitkan.

Semalam, polis melaporkan telah mengenal pasti sebanyak 30 individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan Red Bean Army. Kebanyakan laman sosial yang dimiliki Red Bean Army menggunakan bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.

Mereka menggunakan laman Facebook 'We Fully Support PKR' dan 'Hew Kuan Yau' dan mendapati komen-komen mereka mula ke arah memberi amaran sesama sendiri supaya tidak membongkar identiti ahli mereka sekiranya ditahan pihak berkuasa.

Sam Chen turut memberitahu polis yang menghubunginya bertindak sopan dan terlebih dahulu memberitahu tujuan panggilan tersebut menyebabkannya bersetuju bekerjasama namun menegaskan tidak akan membongkarkan identiti sesiapa pun dalam kalangan mereka.

Tambahnya, seorang lagi tentera Red Bean Army yang menggunakan nama 'Medoli Siang' mendedahkan menjadi 'terkenal' selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjemputnya 'minum teh' yang bermaksud disoal siasat.


Selain itu, tambah beliau, seorang lagi tentera siber pembangkang, 'Woodstock Lee' menerusi Facebooknya dengan lantang mengaku salah seorang tentera Red Bean Army dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger