Tuesday, June 25, 2013

SATU LAGI PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM ‘SUMPAH MENJADI SESUMPAH’

Jika sebelum ini Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memaklumkan kepada para pengikutnya bahawa Pakatan Pembangkang akan memboikot upacara angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013.

Dengan harapan PAS dan DAP akan mengikuti jejak langkah PKR dan Anwar Ibrahim untuk memboikot angkat sumpah bagi membantah keputusan PRU-13 yang tidak menyebelahi mereka dan meminta kepimpinan SPR meletak jawatan atas kegagalan dalam memastikan Pakatan Pembangkang menang PRU-13.

Keengganan PAS dan DAP mengikuti jejak langkah Anwar Ibrahim dan PKR telah membuatkan Anwar Ibrahim ‘terpaksa’ mengalah dan menyahut seruan untuk mengangkat sumpah di sidang Dewan Rakyat yang bermula 24 Jun 2013.

Sehari sebelum upacara angkat sumpah, para penyokong Pakatan Pembangkang telah berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghadiri Himpunan Black 505 bagi membantah penggunaan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal dan meminta Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Penganjur juga meminta para penyokong yang berkhemah di Padang Merbok untuk tidak meninggalkan Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi turut sama membantah dalam upacara angkat sumpah. Ada juga suara sumbang penganjur yang mahu mereka yang berkhemah supaya terus berkhemah bagi menyatakan sokongan kepada Husam Musa yang ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Dan, pada 24 Jun 2013, Isnin, sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen secara rasmi di hadapan Speaker Dewan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini mahu memboikot upacara angkat sumpah Ahli Parlimen.


Melihat kepada keadaan ini jelas bahawa rakyat dan para penyokong Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim mudah ditipu dan diperbodohkan. Mungki atas dasar kepercayaan yang keterlaluan hingga memaksa apa saja yang difikirkan Anwar Ibrahim adalah betul.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger