Sunday, June 2, 2013

TAIB PERJELASKAN ISU GLOBAL WITNESS MAINAN KOTOR PAKATAN PEMBANGKANG


Isu Global Witness yang dimainkan Pakatan Pembangkang dalam siri kempen mereka dalam PRU-13 di seluruh Sarawak nampaknya tidak memberikan kelebihan kepada mereka biarpun secara langsung menyerang ‘peribadi’ Ketua Menteri Sarawak dan BN Sarawak secara langsung.

Rakyat Sarawak secara dasarnya menolak isu dan kempen yang dibawa Pakatan Pembangkang biarpun telah mencetak ribuan keping DVD Global Witness dalam pelbagai bahasa bagi meraih sokongan kepada Pakatan Pembangkang.

Selepas sidang DUN Sarawak, empunya badan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memperjelaskan kepada media dalam mahupun luar negara juga kepada Pakatan Pembangkang akan isu Global Witness.

Menurut Taib, isu Global Witness boleh dianggap sebagai proses perangkap yang tidak bertanggungjawab dan melalui soalan-soalan mengelirukan daripada penyiasat tersebut, pendapat telah disuarakan oleh individu-individu mengenai cara tanah perladangan diperuntukkan di Sarawak dan muslihat mereka yang mendapatkan tanah sedemikian untuk memaksimumkan keuntungan dengan cepat dan mengelak cukai di Malaysia.


Sebelum Pilihan Raya Parlimen pada Mac lalu, Global Witness sebuah organisasi yang berpangkalan di London dan ada kaitan dengan Bruno Manser Fund dan sebuah yayasan yang dipromosikan oleh seorang peniaga mata wang yang terkenal pada peringkat antarabangsa telah menyiarkan berita video mengenai perbualan di antara penyiasat upahannya, Andrew Stewart dan beberapa rakyat Sarawak termasuk dua sepupu Taib.

Ekoran itu, pembangkang terutama DAP dengan gembira menyebar pita tersebut dan kandungannya serta telah menuntut agar Taib disiasat bagi apa yang mereka anggap sebagai jenayah seperti yang didakwa didedahkan pita tersebut.

“Seorang peguam baharu sekalipun faham bahawa bukti yang diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang daripada pihak ketiga adalah tidak dapat memenuhi standard bukti kesalahan yang asas di hadapan tribunal hakim terhadap mana-mana individu yang dirujuk.

“Saya tidak takut siasatan dijalankan supaya kebenaran dapat ditentukan tetapi pembangkang yang mendakwa diri sebagai juara hak asasi manusia tidak merasakan bahawa saya berhak di bawah prinsip perundangan iaitu diandaikan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah di mahkamah undang-undang.

“Atas arahan kuasa asing, mereka mahu mengisytiharkan kesalahan sebagai tempat untuk pementasan drama politik agar saya segera meletak jawatan supaya agenda kerajaan akan diperkotak-katikkan dan agenda kuasa asing tercapai,” kata Taib.

Namun demikian, Taib berkata walaupun rakyat menolak apa yang didedahkan oleh pita Global Witness, DAP khususnya Chong terus merujuk kepada pita tersebut seakan-akan ia mengandungi kebenaran mutlak.

“Pada masa lalu, saya memberi peluang kepadanya kerana beliau kurang memahami sistem dan prosedur kewangan dalam kerajaan negeri.

“Namun tindakannya yang berulang kali mengulangi dakwaan yang dibuat oleh organisasi dan media luar sejurus sebelum Pilihan Raya Negeri 2011 dan PRU baru-baru ini telah meyakinkan saya tentang niatnya yang jahat untuk menyebabkan kerosakan serius kepada reputasi kerajaan dan integriti sistem kewangan negeri,” katanya.


Apakah pula jawapan DAP Sarawak selepas ini akan jawapan Ketua Menteri Sarawak itu dalam membersihkan namanya yang sekian lama dijaja dengan penuh perasaan dendam?


Seperti biasa DAP Sarawak yang berfahaman liberal seperti rakan mereka di Semenanjung Malaysia tidak mahu pemimpin BN bersih dan selesa dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Ada sahaja perkara yang cuba dimaniplasikan DAP tidak kira ia menjejaskan reputasi mahupun maruah seseorang. Bagi DAP setiap manusia itu tidak mempunyai maruah dan sebab itu mereka mengkritik dan memfitnah selagi mereka hidup di dunia itu seperti mana idealogi komunis.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger