Tuesday, June 25, 2013

UPACARA ANGKAT SUMPAH DI DEWAN RAKYAT PENUH DENGAN SANDIWARA


Proses angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang dijadualkan diadakan pada pagi tadi jam 10.30 pagi telah diadakan dalam suasana aman dan tenang tanpa sebarang isu kontroversi seperti yang pernah dilakukan Anwar Ibrahim yang mahu upacara itu diboikot anggota Pakatan Pembangkang.

Upacara memboikot angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang itu dikatakan akan digunakan sepenuhnya Pakatan Pembangkang untuk meraih simpati dan apa saja yang mahu membuatkan rakyat bersuara.

Ketegasan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang untuk memboikot upacara angkat sumpah Ahli Parlimen menandakan mereka sepakat untuk memboikot. Ini terbukti apabila hanya seorang daripada pemimpin Pakatan Pembangkang yang hadir semasa upacara taklimat berhubung sidang Dewan Rakyat.


Pada hari ini majlis angkat sumpah yang kononnya mahu diboikot Pakatan Pembangkang atas sebab dakwat kekal tidak kekal dan mahu kepimpinan SPR meletak jawatan berjalan lancar. Malah, ianya penuh dengan sandiwara yang tidak pernah rakyat biasa yang duduk di bawah melihat keadaan semesra ini.

Jika di luar ketika sebelum mahupun sedang berkempen, mereka (pemimpin BN dan Pakatan Pembangkang) sibuk menunding jari terhadap sesuatu isu hingga mengakibatkan para penyokong masing-masing bergaduh.

Selain itu, Himpunan Black 505 yang megakibatkan banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan Pembangkang hanya bercakap dan berceramah tanpa melihat kesannya terhadap rakyat. Tetapi melihat gambar-gambar tersebut seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan semuanya dalam keadaan baik.


Hakikatnya politik Malaysia penuh dengan sandiwara.


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger