Monday, July 29, 2013

ANWAR IBRAHIM GELISAH KOS TINGGI PETISYEN PRU-13 DI MAHKAMAH



Apa sahaja yang melibatkan diri Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan PKR itu sendiri pastinya Ketua Pembangkang itu akan mengemukakan cerita palsu. Mana tidaknya, sebelum ini Anwar sering sahaja menangguhkan perbicaraan yang melibatkan dirinya mahupun apa sahaja perkara yang tidak memuaskan hatinya.

Terbaru, Anwar menggesa Hakim Besar Malaya, Tun Arifin Zakaria supaya campur tangan berhubung kos petisyen mencabar keputusan PRU-13 yang dianggap sebagai "luar biasa". Kenapa perkara ini berlaku?

Kenapa Anwar tidak menggesa Tun Arifin Zakaria masuk campur dalam kes liwatnya yang kini terlalu banyak tertangguh akibat perbuatan Anwar yang sering mengelak kes itu dibicarakan!

Dengan alasan kos terlalu tinggi, Anwar menyifatkan beberapa kes yang cuba dibawa ke mahkamah terpaksa difikirkan banyak kali akibat PKR dan Pakatan Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Apakah ini benar atau sengaja diadakan bagi Anwar memperoleh publisiti menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Anwar merujuk kepada kes petisyen DUN Teluk Bahang di mana Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan mengenakan kos RM120,000. Sebelum ini hakim yang sama juga telah mengenakan kos petisyen Balik Pulau sebanyak RM30,000.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya kepada media bahawa PKR dan Pakatan Pembangkang akan mengemukakan sebanyak mana petisyen dalam PRU-13 lepas sebanyak tanda kepentingan awam.


Namun, kini Anwar selaku Ketua Pembangkang cuba mengeksploitasi kos yang tinggi sebagai punca PKR dan Pakatan Pembangkang berfikir banyak kali untuk mengemukakan petisyen. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger