Tuesday, July 2, 2013

AZALINA OTHMAN TAWAR RAFIZI RAMLI JAWATAN PENGURUS KEMPEN KETUA WANITA UMNO


Percaya atau tidak, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO membuka ruang santai di Dewan Rakyat.

Keadaan ini telah menggamit suasana Dewan Rakyat. Ini susulan daripada Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri UMNO itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Dengan selamba dan berseloroh, Azalina (BN-Pengerang) memberikan laluan kepada Rafizi.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita UMNO," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.      

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO itu pada Pemilihan Agung UMNO hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz.


Apakah Rafizi Ramli (PKR-Pondan) menerima pelawaan Azalina Othman untuk menjadi pengurus kempennya dalam merebut jawatan Ketua Wanita UMNO? Ini sudah tentu menjadi tarikan kerana Rafizi merupakan saingan kepada Shahrizat dalam membongkar isu NFC.

1 komen:

  1. auuu...tak rela mak...nyah!!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger