Wednesday, July 3, 2013

BERITA BAIK BUAT RED BEAN ARMY (RBA)


Akibat kedangkalan askar-askar maya ternakan DAP yang dikenali Red Bean Army (RBA) yang bermaharajalela semasa kempen PRU-13 hingga mengakibatkan hebahan berita dan maklumat palsu  kepada rakyat yang boleh menyebabkan negara kucar-kacir, suatu cadangan penubuhan suruhanjaya diraja akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan oleh Gabungan NGO Islam yang diwakili Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim di lobi Parlimen.

"Saya akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Kabinet sama ada permohonan ini wajar atau tidak, sebab ada banyak laporan polis mengenai RBA ini yang kita lihat cukup aktif sebelum, semasa dan selepas PRU-13.

"NGO ini mendakwa bahawa Red Bean Army ini telah mendapat dana yang besar daripada pihak pembangkang untuk membiayai gerakan mereka," kata Shahidan.

Menurut beliau, kerajaan terbuka kepada semua cadangan rakyat termasuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat RBA.

Dalam memorandum tersebut, Gabungan NGO Islam yang mengandungi 130 pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan, gerakan Red Bean Army berbahaya kepada keselamatan negara dan merosakkan perpaduan negara.


RBA sebelum ini dikaitkan dengan penyebaran berita palsu melalui Internet termasuk di laman sosial antaranya mengenai berita 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU yang lalu. Namun, hingga sekarang Pakatan Pembangkang masih gagal untuk mengemukakan kesahihan berita itu biarpun ia dilaporkan sendiri oleh portal berita milik Pakatan Pembangkang.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger