Tuesday, July 9, 2013

BN PERKENALKAN CALON DI PRK KUALA BESUT


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman telah diumukan sebagai calon BN sebagai bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 24 Julai ini.

Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut.

Seperti biasa calon BN itu dijangka akan ditentang oleh calon PAS biarpun sebelum ini PKR juga berminat untuk bertanding di DUN Kuala Besut.


Yang pasti bulan Ramadhan ini pastinya akan memperlihatkan kesopanan dan kesantunan kedua-dua calon khususnya calon PAS dalam berkempen untuk meraih undi.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger