Monday, July 1, 2013

BOIKOT PRK KUALA BESUT: DENGAR KATA DAP ATAU IKUT KATA AHLI


Sebelum ini PAS berkeras akan meletakkan calon mereka dalam PRK Kuala Besut bagi menentang calon UMNO. Manakala, PKR juga mahu meletakkan calon mereka atas alasan itu kerusi PKR sebelum diberikan kepada PAS dan calon PAS sebelum ini pernah kalah kepada calon UMNO.

Namun, hari ini lain pula ceritanya apabila PAS akan memboikot PRK Kuala Besut atas saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Hal ini berkisar kepada isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Melihat kepada perkembangan terbaru jelas PAS kini tersepit sama ada mahu bertanding dalam PRK Kuala Besut atau memberikan kerusi itu kembali kepada PKR juga jalan terakhir memboikot PRK tersebut.


Jika PAS mengambil kira cadangan DAP dan Lim Guan Eng ternyata parti itu kini telah mengikut telunjuk parti paling rasis di Malaysia.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger