Saturday, July 6, 2013

BUJANG SENANG SARAWAK KEBAL REKOD TANPA KALAH SEPANJANG KEMPEN LIGA PREMIER 2013


Kedah pernah mencatat sejarah dalam Liga Perdana pada era 1990-an ketika kendalian jurulatih Robert Albert apabila menang dan seri dalam semua perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

Di bawah kendalian jurulatih yang sama, Sarawak @ Bujang Senang @ Ngap Sayot juga telah melakar rekod yang sama apabila menutup tirai perlawanan dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan seborneo, Sabah di Stadium Likas petang semalam.

Setelah menjulang Piala Liga Premier 2013, Sarawak yang turun selaku pasukan bukan pilihan sepanjang Liga Malaysia ini setelah diturunkan ke Liga Premier ekoran prestasi yang kurang memberansangkan yang ditunjukkan pada musim 2012.


Berbekalkan semangat pemain dan pengurusan yang cekap serta sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi telah membolehkan pasukan Sarawak kali ini muncul juara sekaligus membuka mata banyak pasukan lain dalam Liga Malaysia.

Kejuaraan Sarawak kali ini penuh dengan kontroversi apabila mereka dinafikan hak untuk mendapat siaran langsung dalam perlawanan penentuan di mana penyampaian trofi kemenangan di hadapan rakyat Sarawak. Hal ini seolah-olah menganaktirikan pasukan dari Borneo untuk menjulang piala dalam Liga Malaysia.


Astro yang sebagai rakan penyiar rasmi Liga Malaysia 2013 ini TIDAK menyiarkan perlawanan itu sehingga menyebabkan rakyat Sarawak marah sehingga munculnya slogan ‘NO LIVE, NO PROBLEM’. Harus diingat bahawa rakyat Sarawak juga merupakan penyumbang kepada keuntungan Astro. Jadi, persoalan di sini kenapakah Astro sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia yang dipilih FAM tidak menyiarkan perlawanan bersejarah bagi pasukan Sarawak itu?

Disebabkan tiada siaran langsung di tv, muncul beberapa kumpulan penyokong pasukan Sarawak seperti GB13, Ultracrocs Fan Club dan banyak lagi yang bertindak mengambil inisiatif dengan terbang bersama pemain Sarawak di mana-mana stadium dan menyiarkan status updates terkini perlawanan dalam facebook.


Justeru itu, tidak hairanlah kebanyakan rakyat Sarawak kini tidak lagi menonton Astro dan RTM untuk melihat perlawanan Liga Malaysia. Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan ‘siaran langsung’ di Facebook ketika perlawanan membabitkan pasukan Sarawak.

Lebih mendukacitakan rakyat Sarawak, dalam perlawanan penentuan memiliki Piala Liga Super di antara Lion XII dan Felda United, Astro mengadakan siaran langsung sekali dengan penyampaian Liga Super. Apakah perlu ada diskriminasi siaran langsung yang membabitkan pasukan daripada Tanah Semenanjung dan Kepulauan Borneo.


Selain  Astro, RTM sebagai penyiar sukan milik kerajaan juga tidak mengambil langkah yang sama sehingga membuatkan rakyat Sarawak berfikir apakah peranan RTM di Sarawak? Apakah hanya mempunyai saluran radio Sarawak FM?

Mengikut statistik sepanjang Liga Premier 2013, Sarawak mahupun Sabah tidak pernah diadakan siaran langsung ketika bermain di Stadium Negeri Sarawak mahupun Stadium Likas, Sabah.


Sepatutnya hal ini tidak wajar berlaku kerana Liga Malaysia kini dalam era profesional. Selain pemain dan pengurusan, penganjur seperti FAM juga wajar berfikiran profesional dalam memartabatkan industri sukan bola sepak Malaysia.

Buat pasukan Sarawak, tahniah diucapkan daripada penyokong dan rakyat Sarawak kerana melakar sejarah menang Piala Liga Premier 2013 dan lebih manis mengekalkan rekod tanpa kalah di sepanjang Liga Premier 2013. Encang Sarawak Encang!!!

1 komen:

  1. Maaf tak ngaku tim Swk bab hanya 3 anak jati swk selebihnya impot....malunya

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger