Saturday, July 20, 2013

#kbesutkini APAKAH HUKUMAN KEPADA NIK AZIZ YANG PENYEBAR FITNAH DI KUALA BESUT


Apakah tindakan yang boleh diambil apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyebar fitnah? Apakah dilepaskan sahaja sebab dia Mursyidul Am PAS atau buat tidak tahu sebab dia sudah tua dan jangka hayatnya sudah tidak lama lagi di dunia ini?

Mungkin bagi penyokong tegar Nik Aziz dan PAS ini segala percakapan dan kenyataan yang dibuatnya sewaktu berceramah adalah yang benar-benar belaka. Mana mungkin seorang yang tinggi ilmunya itu boleh menipu dan berbohong serta mengadakan fitnah? Jika ada sekalipun ia hanya terlepas cakap, biasalah orang tua.

Terbaru, dalam ceramah di Kampung Beris Pak Abu pada hari Jumaat malam bersama dengan calon PAS, Nik Aziz Nik Mat telah menabur fitnh kononnya beliau dihalang daripada mengejarkan solat di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.

Selepas ceramah Nik Aziz, ramai rakyat Kuala Besut yang mendengar celoteh Nik Aziz seolah-olah percaya apa yang diperkatakannya itu. Sememangnya apa yang keluar dari mulut Nik Aziz akn dipercayai bulat-buat tanpa sebarang rujukan.

Akhirnya segala kemungkaran Nik Aziz terbongkar apabila suatu kenyataan bertulis telah dibuat bagi menafikan dakwaan Nik Aziz yang secara sengaja berniat jahat. Nik Aziz sedikitpun tidak dihalang untuk mengadakan solat di Masjid TUDM itu sebagaimana keperluan seorang Islam, tetapi hanya dihalang membuat dan mengadakan ceramah politik di Masjid TUDM. Itu sahaja berita sebenarnya...

Tetapi, bagi Nik Aziz dia sudah mempunyai point atau key word yang boleh digunapakai untuk berceramah. Atas sebab itu Nik Aziz telah memperbesarkan isu ini memandangkan ia berkaitan dengan agama dan sikap kerajaan BN.

Sebelum itu, Nik Aziz telah memboikot program kempen bersama Mat Sabu dengan memberika alasan masalah kesihatan dan kepenatan. Sebaliknya, Nik Aziz mengambil keputusan itu disebabkan jumlah pendengar dan yang hadir dengan mengikut kehendak KPI Nik Aziz yang sekurang-kurang 5 hingga 6 ribu secara minimum orang setiap kali berceramah.

Kehadiran Nik Aziz ke Kuala Besut ini ternyata tidak disenangi penduduk dan pengundi Kuala Besut. Sebagai tanda protes, rakyat DUN Kuala Besut tidak menghadairi ceramah PAS. Atas sebab itu setiap kali aktiviti ceramahnya, tidak ramai mereka yang hadir menjenguk ceramah pemimpin PAS.


Kehadiran Nik Aziz semalam bagaimana pun masih gagal meningkatkan momentum dan moral sokongan untuk PAS apabila jumlah hadirin di lokasi ceramahnya yang berhampiran Masjid Kem didapati kurang dari 1,000 orang.

Itu pun kebanyakan hadirin adalah jentera PAS termasuklah ramai daripadanya merupakan penyokong PAS Kelantan yang diimport untuk meramaikan majlis, hanya segelintir saja orang tempatan.

Berbalik kepada larangan Nik Aziz mengadakan ceramah politik di Kem TUDM itu, tujuan larangan ceramah politik atau berkempen dalam masjid amat jelas manfaatnya demi memelihara ketenteraman sesama Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Itu yang sebenarnya berlaku, tiada sesiapa dilarang bersolat malah ramai pemimpin PAS yang lain termasuk calon PAS sendiri pun selamba saja solat di sana termasuk menunaikan solat Jumaat, tak perlu minta persetujuan malah tiada larangan apa pun.


Tapi biasalah PAS dalam bab propaganda menipu memang nombor satu, ada saja akal menipunya untuk mengelirukan orang ramai demi semata-mata nak mengaut undi simpati. Yang penyokong pula mudah saja ditipu.

1 komen:

  1. PAS hanya parti politik.
    PAS bukan agama.
    Islam itu agama.
    Allah dan Rasulullah tidak ada parti.
    Islam tidak ada parti.
    Islam itu bukan PAS.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger