Saturday, July 20, 2013

#kbesutkini CALON PAS DAH KAYA BUAT APA NAK BELI BAJU ABBY ABADI HINGGA RM1,010.00


Setiap kali PRK, Pakatan Pembangkang sama ada PAS atau PKR juga DAP akan mengadakan kutipan derma kononnya bagi membiayai program kempen PRK. Dalam PRK Kuala Besut, PAS yang bertanding dengan menentang calon BN-UMNO dalam pertandingan satu lawan satu.

Seperti biasa, selebriti yang pening lalat, Ostazah Abby Abadi telah bermurah hati melelong baju yang pernah dipakainya bagi mendaptkan dana untuk membiayai kempen PAS di PRK Kuala Besut.

Persoalan di sini apakah penyokong PAS yang bertindak sebagai jentera memerlukan wang sedangkan sebelum ini pemimpin atasan PAS mengatakan perjuangan mereka lebih terarah fisabilillah (percuma) dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran? Jika benar begitu, kenapa perlu diadakan kutipan dana sehingga menjual barangan terpakai.

Akhirnya, bekas EXCO Pemuda PAS, Dr Rosli Alani Abd Kadir berjaya membida jumlah tertinggi untuk baju Abby Abadi dengan harga RM1,010.00. Apakah keistimewaan baju Abby Abadi itu sehingga harganya mencecah RM1,010? Yang peliknya lagi yang membeli baju itu ialah seorang lelaki? Apakah kaum hawa tidak berminat dengan baju Abby Abadi?


Bercakap soal tabung untuk membiayai kempen PAS dalam PRK Kuala Besut, apakah mereka sudah lupa bahawa calon PAS, Che Long merupakan bankers kepada PAS dalam setiap kali pilihan raya. Jadi, takkanlah dalam PRK Kuala Besut ini memerlukan kewangan?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger