Friday, July 19, 2013

#kbesutkini CALON PAS PRK KUALA BESUT PERLEKEHKAN KONTRAKTOR KELANTAN


Seolah-olah hanya dia seorang sahaja kontraktor Melayu yang berjaya di Malaysia, maka dia boleh mengutuk dan memperlekehkan kontraktor Melayu yang lain khususnya kontraktor yang berada di Kelantan.

Dalam video yang disiarkan di Youtube baru-baru ini, calon PAS Kuala Besut Endot @Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long mendakwa beliau merupakan antara kontraktor terbaik di Kelantan kerana mampu membayar RM11 juta untuk menyiapkan projek “Deferred Payment”, Maahad Sains Tahfiz Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.

Cakap besar Che Long ini benar-benar mengguris hati kontraktor Kelantan yang selama ini banyak bergantung kepada projek anugerah Kerajaan Kelantan.

“Deferred payment” merujuk kepada sesuatu projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh daripada pihak penganjur.

Dengan nada angkuh, Che Long mengatakan kelulusan dan sijil yang tinggi bukan penentu kepada kejayaan untuk mendapatkan projek jutaan ringgit.

“Saya berkelulusan SPM sahaja tetapi sijil bukan penentu segala-galanya. Bukan sijil jadi ukuran, bukan wajib ada. Saya tak sekolah tetapi boleh menjadi kontraktor terbaik di Kelantan.

“Buat tahfiz sains RM11 juta, buat dulu 100%, baru kerajaan bayar secara berperingkat.

“Orang ngaji sekolah tinggi, ada kontraktor macam saya, satu dua projek fail (gagal), dia ngaji Amerika.

“Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah mengenalinya setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau banyak yang menimbulkan keraguan.

“Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah hanya sekitar RM5 juta hingga RM8 juta.

“Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.

“Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa yang menaja dan membiayainya?

Persoalan ini akan terus menjadi persoalan yang sukar dijawab oleh Che Long yang kini kepanasan dengan pelbagai isu panas yang melibatkan pembabitan beliau sebagai calon PAS.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger