Monday, July 15, 2013

#kbesutkini CALON PAS TIDAK MINAT MENJAWAT JAWATAN ADUN KUALA BESUT


Jika menang dalam PRK DUN Kuala Besut, calon PAS Endot @ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long akan melantik ‘seseorang’ untuk memikul tugas itu disebabkan beliau terlalu sibuk dengan perniagaannya di luar Kuala Besut dan Terengganu.

Beliau telah menjelaskan hajatnya itu sebaik sahaja selepas penamaan calon DUN Kuala Besut yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Ungkapan yang terbit daripada calon PAS itu secara jelas bahawa beliau boleh dikatakan sebagai calon terpaksa atau bidan terjun. Dengan mengungkap kata-kata sebegitu membuktikan PAS tidak ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan rakyat sebaliknya hanya mahukan kuasa untuk mentadbir kerajaan negeri sahaja.


Namun, bagi Salahuddin Ayub ungkapan itu tidak perlu diperbesarkan dan ia hanya perkara kecil. Mungkin disebabkan terlepas cakap kerana beliau sememangnya orang berniaga.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger