Monday, July 15, 2013

#kbesutkini INILAH YANG ANWAR MAHUKAN SELAMA INI


Sebelum ini kecoh apabila ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu melantik seorang aktivis LGBT, Hezreen Shaik Daud sebagai Setiausaha Politik. Selepas pelantikannya itu, Hezreen berharap ia akan membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti minoriti di negara ini.

Hezreen merupakan seorang transgender bercakap mewakili komunitinya meminta masyarakat menerima pelantikannya atas dasar hak asasi manusia.

Transgender adalah salah satu komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender), Komuniti PLUpenang (People Like Us) yang memperjuangkan kesamarataan gender di Pulau Pinang.

“Kami memerlukan penerimaan kerana kami juga manusia. Kami mahu dilayan sama rata seperti yang lain.

Ditanya pelantikan Hezreen sebagai Setiausaha Politik, beliau menegaskan keupayaan dan kefasihannya bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien sebagai kelebihannya.

Hezreen juga pernah bekerja dengan ADUN DAP Tanjung Bungah itu dalam beberapa projek di FHDA (Penang Family Health Development Association) atau Persatuan Pembangunan Kesihatan Masyarakat Pulau Pinang.

Potato PopStar, laman khusus untuk komuniti transgender melaporkan FHDA yang dianggotai Hezreen pernah mengadakan seminar 2 hari pada Disember 2011 di Paradise Sandy Beach Resort, Jalan Tanjung Bungah yang dinaungi oleh tiga aktivis DAP, YB Teh Yee Cheu (ADUN Tanjung Bungah), YB Lydia Ong Kok Fooi (ADUN Berapit) dan YB Chong Eng (ketika itu Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, sekarang ADUN Padang Lalang).

Pejuang LGBT, Susan Loone yang juga wartawan Malaysiakini melaporkan YB Teh merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Transeksual yang diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu lepas.

Jawatankuasa itu pula dinaungi oleh Pengerusi Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Belia dan Sukan kerajaan negeri, YB Chong Eng.

Ketua Pembangkang negeri, YB Dato Jahara Hamid (ADUN BN Teluk Air Tawar) mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan bertanya adakah ini bermaksud bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang juga turut menyokong perkahwinan sesama jantina.

Jahara berkata, negara-negara seperti Thailand dan Amerika Syarikat – di mana terdapat komuniti gay secara terbuka, namun negara itu tidak menyediakan kemudahan khas bagi kumpulan itu.


Laman Potato PopStar juga turut menjelaskan komuniti bersama mereka adalah Seksualiti Merdeka Festival (SM), Parents, Friends & Family of Lesbians And Gays (PFLAG Malaysia), PT Foundation, Good Samaritan Metropolitan Community Church (GSMCC) dan Safe Clinic.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger