Monday, July 15, 2013

#kbesutkini KEMPEN PAS GANGGU ORANG AWAM MEMBELI JUADAH BERBUKA PUASA


Seolah-olah tidak dapat menunggu selepas solat Terawih, pasukan kempen PAS dalam PRK Kuala Besut telah mengadakan kempen politik di Bazaar Ramadhan yang sarat dengan orang awam membeli juadah berbuka puasa.

Lebih mendukacitakan, orang awam kelihatan marah kerana perbuatan penyokong PAS itu benar-benar mengganggu mereka yang sedang membeli juadah berbuka puasa. Jika hendak berpolitik pun tunggulah selepas solat terawih dan jangan ganggu orang awam yang ketika itu sibuk dengan urusan seharian.

Bagi orang awam yang berkecuali dalam isu politik ini, mereka berpendapat perbuatan penyokong PAS itu sudah keterlaluan. Perbuatan dan tindakan ini cuba untuk memanipulasikan Bazaar Ramadhan sebagai tempat berceramah politik.

Kalau setakat datang memberi risalah kempen atau calon-calon PRK DUN Kuala Besut memanfaatkannya untuk memperkenalkan diri, itu biasalah tiada masalah pun bagi pengunjung Bazar Ramadhan.


Tetapi, penyokong PAS itu datang membawa sepanduk dan berteriak menggunakan pembesar suara yang disifatkan mengganggu orang awam. Tidak cukup dengan itu, kata-kata kesat dan lontaran fitnah cuba digunakan penyokong PAS ini sebagai kaedah untuk menarik perhatian orang awam.

Rombongan penyokong PAS itu yang dikenali sebagai geng Royalti Kelantan yang turut disertai segelintir ahli NGO Royalti Terengganu (kedua-duanya NGO pro PAS), mereka pergi lebih jauh dari itu apabila menjadikan tapak Bazar Ramadhan sebagai pentas ceramah.


Seperti biasa penyokong PAS cuba menggunakan royalti minyak Terengganu sebagai modal asas untuk berkempen biarpun Kerajaan BN sebelum ini telah menerangkan panjang lebar berhubung royalti minyak itu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger