Saturday, July 20, 2013

#kbesutkini OSTAZAH PENING LALAT ABBY ABADI BERNIKAH SECARA SEMBUNYI


Kali ini Ostazah Pening Lalat, Abby Abadi, 36 dalam diam telah bernikah dengan seorang pemuda yang muda 12 tahun daripadanya, iaitu Muhammad Farhan Che Bakar, 24 yang berasal dari Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

Ini adalah berkat doa Nik Aziz yang juga merupakan idolanya untuk bertemu dengan pemuda Kelantan.

Setelah 5 tahun menjanda, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan selamat bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Menurut Abby, perkenalan dengan Farhan hanya mengambil masa selama 2 minggu di sebuah pasar raya. Dan, disebabkan tidak mahu melakukan maksiat dan sudah lama menjanda akhirnya pintu hati Abby telah terbuka untuk Farhan dan mereka berkahwin.

"Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.

Bagaimanapun, perkahwinan Abby dan Farhan ini telah menimbulkan persoalan di mana perkahwinan mereka tanpa pengetahuan keluarga. Hanya selepas berkahwin barulah keluarga lelaki dimaklumkan.

Menurut Abby, selepas PRK Kuala Besut mereka akan bertemu dengan keluarga pihak lelaki.

"Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti.

Abby juga tidak menolak kemungkinan tarikh 31 Ogos depan akan diadakan resepsi perkahwinan mereka. Bagaimanapun lokasi resepsi perkahwinan mereka masih belum diberitahu.

Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5.

2 komen:

  1. kecoh je. nak buat provokasi

    ReplyDelete
  2. Abby nak buktikan bahawa beliau boleh dapat lelaki yang kalau boleh lebih hensem dari norman. The rest she doe not care!!
    Satu pemikiran yg cetek dari abby.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger