Monday, July 15, 2013

#kbesutkini PRK KUALA BESUT CUBAAN PAS LAGAKAN IDRIS JUSUH DAN AHMAD SAID


Bagi pemimpin atasan PAS, PRK DUN Kuala besut ini ruang dan peluang yang digunakan sepenuhnya untuk melaga-lagakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut PAS, kedua-dua mereka ini sudah tidak sehaluan dalam membawa UMNO untuk terus berkuasa di Terengganu.

Ini jelas digambarkan oleh Husam Musa selaku Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut yang sebelum ini meminta penyokong Idris Jusuh supaya mengundi calon PAS bagi mengimbangi kuasa politik kem Ahmad Said.


Menurut Husam lagi kemenangan PAS di DUN Kuala Besut secara tidak langsung merupakan kejayaan bagi pihak Idris Jusuh yang juga bekas Menteri Besar Terengganu yang kini dilihat sangat berkuasa.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger