Sunday, July 21, 2013

#kbesutkini RAFIZI RAMLI JANJIKAN SATU LAGI JANJI MANISMU


Dengan menggunakan modus operandi 16:16 yang mensyaratkan calon PAS mesti menang dalam PRK Kuala Besut walau dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan cara membawa janji palsu.

Atas sebab itu, Rafizi membantu calon PAS menyebarkan apa sahaja yang termampu untuk menagih simpai undi pengundi Kuala Besut.

Pada ketika dan saat ini, kempen memasuki hari-hari genting dan Pakatan Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membawa Nik Aziz untuk menyebarkan fitnah di Kuala Besut. Cuma, wajah Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah sahaja yang belum kelihatan.

Apakah dengan kemenangan calon PAS yang menjadikan kedudukan kerusi DUN Terengganu 16:16 antara BN dan Pakatan Pembangkang akan menjadikan Pakatan Pembangkang kuat?

Apakah dengan kedudukan sekarang suara Pakatan Pembangkang tidak didengari di DUN Terengganu. Atau, wakil rakyat Pakatan Pembangkang sama ada PKR dan PAS di Terengganu ini tidak melakukan peranan dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Dalam hal ini, Rafizi usah lagi melakukan provokasi kerana selama BN memerintah Terengganu tidak pernah nasib rakyat tidak dibela. Atas sebab reputasi itu juga BN berjaya mengekalkan pemerintahannya di Terengganu.

Jika Rafizi mahu membebaskan rakyat Terengganu daripada kemiskinan, sebelum PRU-13 dahulu sepatutnya Rafizi bertanding di Terengganu. Kenapa pula bertanding di Kuala Lumpur yang mana kebanyakan penduduknya di kalangan orang berada?

Apakah kerajaan BN tidak memperdulikan nasib penduduk dan rakyat Terengganu? Harus diingat bahawa misi untuk membangunkan negeri dan memastikan sosioekonomi rakyat Terengganu meningkat memerlukan masa dan bukannya dalam masa yang singkat.

Malah, sasaran Rafizi bahawa Pakatan Pembangkang mahu memastikan rakyat Terengganu bebas daripada kemiskinan dalam tempoh setahun adalah suatu sukar dilakukan berasaskan kepada situasi semasa.

"Kita akan mengusulkan isu kemisikinan untuk pastikan Terengganu jadi negeri pertama bebas kemiskinan dalam tempoh setahun," katanya semasa berceramah di Kampung Air Terjun.

Juga menyatakan Pakatan Pembangkang akan membina sebanyak 5,000 unit rumah kos rendah dapat dibina setiap tahun untuk membantu meringankan beban rakyat mendapatkan rumah.

“Saya janji dengan penduduk Kuala Besut kalau kita menang 16:16 saya bagi sepenuh masa dan tumpuan saya untuk bantu Kerajaan Negeri Terengganu dalam membentuk idea-idea ekonomi.

Jelas bahawa Pakatan Pembangkang hanya mahu menabur seberapa banyak janji dan tindakan tidak juga dibuat.


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger