Monday, July 22, 2013

#kbesutkini TONY PUA KENA BALUN MENTERI DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN


Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berhubung isu blogger porno Alvin dan Vivian mengundang makan diri apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menganggap tindakan Tony Pua itu sebagai membodek bosnya, Lim Guan Eng.

Ini susulan kenyataan marah Lim Guan Eng terhadp kerajaan apabila mengenakan hukuman terlebih dahulu sebelum pasangan itu didakwa. Lim Guan Eng membela Alvin dan Vivian yang merupakan penyokong kuat Pakatan Pembangkang.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS termasuk Muslimat PAS ‘membela’ pasangan porno ini dan menidakkan kemarahan rakyat Malaysia yang secara terang perbuatan mereka itu mengundang kemarahan masyarakat Islam Malaysia.

Abdul Rahman menegaskan Tony Pua jahil dalam memahami isu ini tetapi menegaskan adalah menjadi perbuatan wajib pemimpin DAP untuk membela bos lagenda mereka, Lim Guan Eng.

Tony Pua begitu marah dengan Abdul Rahman apabila dia diakwa begitu ‘ekstrim’ apabila mempertahankan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam isu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.


Untuk ketahui lebih lanjut ikuti tweet mereka di twitter masing-masing. Menjadi amalan pemimpin DAP untuk menyerang pemimpin Islam setelah mengetahui DAP kini dipertahankan PAS biarpun menyerang pemimpin Islam itu sendiri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger