Thursday, July 4, 2013

KENYATAAN JUSUF KALLA: ANWAR IBRAHIM SALAHKAN MEDIA CETAK


Dikatakan sebagai putarbelit BN-UMNO, Anwar Ibrahim mendakwa kenyataannya telah diputarbelitkan media milik BN-UMNO yang mahu menjejaskan hubungan baik mereka sekali gus merosakkan imej pembangkang di mata rakyat sejak dua minggu lalu.

Menurut Anwar lagi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dikatakan telah membuat penafian berhubung dakwaan kononnya PR menerima dana asing untuk membiayai demonstrasi jalanan dan pelbagai siri ceramah membantah keputusan PRU13 lalu.

Demi mempertahankan dakwaannya itu, Anwar Ibrahim telah membacakan nota yang dihantar Jusuf Kalla kepadanya.

"Tulisan itu tidak benar, saya akan bantah, setakat kelmarin dan hari ini, belum keluar lagi pembetulan.

"Saya sudah hantar empat surat bantahan kepada CEO Berita Harian, Ketua Pengarang BH, Eksekutif BH, dan Ketua Pengarah Kumpulan BH NST, saya akan susul lagi," katanya yang dipetik dari satu nota berkenaan.

Anwar dalam pada itu turut menyifatkan rencana tulisan media milik BN-UMNO, yang mendakwa Pakatan Pembangkang menerima dana asing bagi menganjurkan beberapa siri himpunan di negara ini sebagai satu serangan keras yang tidak masuk akal.

"Dari awal saya tidak yakin beliau (Jusuf) akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu, apatah lagi yang mula menyiarkan artikel itu adalah Azahari dari MyNewsHub, blog yang ditaja oleh UMNO.

"Jusuf Kalla berulang kali meminta saya jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media Berita Harian supaya membetulkan.”

"Sebab itu, saya kata kepada Jusuf, saya enggan ditemu bual oleh media Malaysia kerana rekod fitnah itu begitu kuat walaupun saya harus akui tidak semua media Malaysia begitu, hanya media BN-UMNO yang memutarbelitkan kenyataan," tegas Anwar.


Seperti biasa Anwar akan cuba memutarbelitkan berita dan fakta berhubung segaa kenyataan yang ada hubungkait dengan dirinya. Dan, pendedahan Jusuf Kalla mengenai pihak yang berwajib yang dalam membiayai perhimpunan haram #blackout505 yang telah menggemparkan Malaysia sehingga menyebabkan pemimpin Pakatan Pembangkang menunding jari kepada Anwar.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger