Thursday, July 25, 2013

#kualabesut HUSAM MUSA TERKEDU DIAM BILA CALONNYA CHE LONG KALAH TERUK DALAM PRK KUALA BESUT


Seperti tidak percaya calon pilihan Husam Musa, Che Long kalah teruk dalam PRK Kuala Besut ke atas calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Malah, dikatakan kekalahan calon PAS ini ada kaitannya dengan pergolakan dalam PAS Terengganu dan PAS Kelantan berhubung pemilihan calon.

Tidak cukup dengan itu, sepanjang kempen PRK PAS Kelantan dilihat mendominasi kempen berbanding PAS Terengganu. Persoalan di sini, kenapakah PAS Kelantan kelihatan berkuasa dan menonjol berbanding PAS Terengganu yang sepatutnya mengetuai kempen PAS dalam PRK Kuala Besut ini.

Ketika calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meraikan kejayaan memenangi PRK Kuala Besut dengan peningkatan undi popular berbanding undi pada PRU-13, calon PAS, Che Long dikatakan sukar menerima kekalahan ini biarpun sebelum ini pernah menyatakan niat untuk menolak sebagai calon PAS jika tidak atas nasihat Husam Musa.

Difahamkan PAS akan melakukan bedah siasat mengenai kekalahan mereka kepada BN. Bagi PAS, mereka mempunyai peluang besar untuk menang dengan berbekalkan sokongan PKR dan DAP, tetapi tidak menyangka faktor kekalahan dikatakan datangnya dari dalaman PAS sendiri.

Calon BN mengakui sepanjang 12 hari berkempen, beliau semenangnya tidak cukup tidur dan terasa keletihannya. Namun, kemenangan ini berbaloi dengan apa yang telah dilakukannya dan BN khususnya komponen BN yang bertungkus lumus mengambil hati rakyat di DUN Kuala Besut.

Bagaimanapun, kemenangan Tengku Zaihan itu diselubungi bantahan calon PAS yang mengatakan tindakannya mempamerkan kertas undi sebagai melanggar undang-undang pilihan raya. Tengku Zaihan ketika mengulas dakwaan itu perbuatannya itu dilakukan secara spontan disebabkan desakan jurugambar dan keadaan dirinya yang cukup letih.


Mengimbas kembali semasa hari pengundian, penyokong PAS bertindak kurang ajar dengan menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Kuala Besut.

Para penyokong PAS bertindak sedemikian disebabkan menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo SPR. Kejadian itu sangat memalukan dan dilihat seperti dirancang penyokong PAS yang sentiasa curiga akan sebarang unsur-unsur luar yang boleh menyebabkan kekalahan calon mereka.

Pada PRK DUN Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi setelah Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.


Tengku Zaihan berterima kasih kepada penduduk Kuala Besut yang mengundinya dan masih mengekalkan jiwa 'Gelombang Biru' hingga berjaya mengelakkan DUN Terengganu daripada tergantung 16:16 seperti yang dicanangkan oleh PAS mengenai 16:16 Terengganu Baru.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger