Monday, July 8, 2013

NURUL IZZAH DESAK KERAJAAN NAJIB RAZAK MANSUHKAN AKTA HASUTAN


Seolah-olah takut kepada perbuatan sendiri, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memansuhkan Akta Hasutan.

Ini bagi memberi banyak ruang kepada Nurul Izzah dan Pakatan Pembangkang yang lain untuk terus menabur fitnah dengan segala tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas kepada pemimpin dan kerajaan.

Dalam masa yang sama juga mahu penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang untuk terus melontarkan persepsi terhadap kerajaan BN menerusi media sosial terutama Red Bean Army.

Jelasnya dengan memansuhkan Akta Hasutan baharulah negara ini akan aman dan damai. Ini merujuk kepada tindak tanduk Pakatan Pembangkang yang sekarang ini gemar menghasut rakyat dan memfitnah menerusi ceramah-ceramah politik yang mereka adakan.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan seperti mana komitmen perdana menteri dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

Menurut Izzah, Akta Hasutan 1948 diwujudkan oleh pihak kolonial British dan mempunyai peruntukan yang menyekat hak Perlembagaan dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

"Bahasa yang diguna pakai di dalam Akta tersebut adalah terlalu luas hingga mencangkup segala kritikan serta ucapan yang menyoal atau mengkritik kerajaan walaupun dasar serta tindakan kerajaan itu mungkin tidak menguntungkan negara atau rakyat.

"Pengalaman lampau dan terkini pemimpin PR serta aktivis tempatan membuktikan bagaimana Akta ini disalahguna demi menghukum individu yang tidak bersetuju dengan kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menyangkal dakwaan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa sekiranya Akta Hasutan dimansuhkan tidak ada undang-undang yang boleh menjamin masyarakat selamat dari tindakan mereka yang cuba menghasut.

"Saya berpendirian bahawa undang-undang sedia ada mencukupi, sebagai contoh Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) mampu menangani kenyataan-kenyataan yang mungkin mengakibatkan ketakutan dan kegusaran di kalangan masyarakat," katanya.

Oleh itu, Izzah berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyatakan pendirian muktamad mengenai janji memansuhkan Akta Hasutan ini.

"Perdana Menteri perlu bersuara dan nyatakan pendirian, supaya integriti serta kredebiliti kerajaan tidak dipersoal oleh rakyat," katanya.

Sumber: Sinar Harian Online

Kenyataan Nurul Izzah ini bagi membalas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bertegas bahawa kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan itu biarpun didesak Pakatan Pembangkang.

Hebat sungguh anak Anwar Ibrahim ini. Seperti kata pepatah, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Sebab itu Nurul Izzah kini dilihat sebagi pewaris terdekat untuk mengambil alih kepimpinan bapanya yang kini sudah tidak lagi relevan akibat pelbagai pembohongan dan spekulasi melampau.


2 komen:

  1. PM, KDN dn Kerajaan jgn dengar cakap betina ni!...Ini semua agenda jahat pembangkang , agenda komunis untuk melemahkan sistem perundangan negara. Tidak lain tidak bukan hanya lah untuk melemahkan kerajaan bagi mengikut telunjuk dn hawa nafsu mereka yang didominasi oleh DAP. Kerajaan mesti kuat kerana rakyat memerlukan Kerajaan yg kuat yg mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Anak beranak keturunan penghasut.
    Nak di hapuskan akta hasutan yang tinggal apa..akta menjubur dan mengkulum

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger