Saturday, July 6, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG MAHU AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN SUPAYA...


Jika dahulu Pakatan Pembangkang telah mendesak kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disebabkan ramai di kalangan pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang ditahan menerusi ISA. Akhirnya, ISA dimansuhkan.

Dan, sekarang mereka (Pakatan Pembangkang) mahu Akta Hasutan yang selama ini melindungi rakyat dan menjaga keamanan negara mahu ianya dimansuhkan atau lebih mudah lagi dihapuskan.

Lihat sahaja apabila ISA dimansuhkan pemimpin Pakatan Pembangkang gemar mengajar rakyat turun ke jalan raya bagi menyertai perhimpunan haram yang mana boleh mengkucar-kacirkan ketenteraman negara dan awam. Jika ISA masih wujud pastinya penganjurnya akan ditahan mengikut ISA.

Akta Hasutan yang selama ini melindungi rakyat dan menjaga ketenteraman negara juga didesah untuk dimansuhkan. Bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu. Itulah yang sebenarnya yang dimahukan Pakatan Pembangkang khususnya dalam ceramah-ceramah politik yang mereka anjurkan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi, pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.

"Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh," katanya.


Nampaknya, Pakatan Pembangkang ini tidak habis-habis mahu mencetuskan persepsi dan kontroversi bagi memenuhi kuasa politik mereka yang dilihat sekarang ini sangat terdesak dan mendesak.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger