Tuesday, July 16, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG SEDIA TAWAN SARAWAK PADA PRN SARAWAK KE-11


Bermula dari saat dan ketika ini, Pakatan Pembangkang Sarawak yang dianggotai DAP, PKR dan PAS akan menggempur BN Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 akan datang ini.

Ini dinyatakan Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How ketika mengadakan sidang media bersama dengan pemimpin DAP Sarawak.

Menurut See Chee How, Pakatan Pembangkang bukan sahaja akan menegur malah akan membangkitkan kelemahan pentadbiran BN berhubung beberapa isu yang masih belum dapat diselesaikan selepas PRN Sarawak Ke-10, April 2011.

Antara isu yang akan dibangkit dan dijadikan modal untuk Pakatan Pembangkang menyerang BN Sarawak ialah Jalan Pan Borneo, isu Tanah NCR dan tidak terlepas isu Empangan Baram serta beberapa isu kecil yang lain.

Biarpun BN Sarawak akan mengatakan isu-isu yang cuba dibangkitkan Pakatan Pembangkang Sarawak akan selesai namun tidak bagi mereka. Isu ini tidak akan selesai selagi BN Sarawak berkuasa.

Berdasarkan undi PRU-13 lepas, peratusan undi BN di seluruh negeri Sarawak menurun sebanyak 58% dan sekali gus memberi ruang kepada Pakatan Pembangkang untuk mengaut kemenangan dalam PRN Sarawak Ke-11 nanti.

Dengan berbekalkan sokongan pengundi berbangsa Cina adalah tidak mustahil Pakatan Pembangkang akan dapat menawan lebih banyak kerusi DUN Sarawak dalam PRN Sarawak ke-11 termasuk DUN Senadin, DUN Telang Usan dan DUN Marudi.

Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan sasaran Pakatan Pembangkang dalam PRN Sarawak Ke-11 akan datang ialah sebanyak 71 kerusi DUN. Dan, mengikut situasi semasa, Pakatan Pembangkang berupaya memperoleh setengah daripada 71 kerusi DUN berasaskan kepada sokongan pengundi dalam PRU-13 lepas.

Untuk memastikan Pakatan Pembangkang sentiasa relevan dalam politik Sarawak, pada ketika ini usaha untuk mencari calon yang sesuai dan berpotensi untuk mewakili PKR, DAP dan PAS sedang dilakukan.


Berhubung isu pembahagian kawasan yang akan ditandingi PKR, DAP dan PAS, menjadi budaya Pakatan Pembangkang untuk mengadakan perbincangan. Menurutnya setiap permasalahan akan ada jalan penyelesaian biarpun sebelum ini berlaku pertelingkahan pada saat akhir.

3 komen:

  1. Malangnya undi kepada PKR/DAP di S'wak (yang amat kaya minyak-gas apalagi dengan penemuan terbaru) tidak mustahil akan meningkat bukan hanya dari kaum Cina, tetapi dengan MENGHASUT masyarakat Kristian termasuk Bumiputera miskin, contohnya kaum Penan, Orang Ulu dsbnya. Puak Kristian Zionis DAP/PKR. ini makin rancak dengan menyamar sebagai yang disebut di atas, di pendalaman Sarawak/Sabah, di perkampungan Orang Asli dan orang India miskin di perkampungan estet, serta flat-flat di bandar , untuk mempastikan lebih ramai Bumiputera/Bukan Bumiputera yang diKRISTIANkan akan mengundi DAP/PKR di pilihanraya akan datang! Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, termasuk Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll).

    Maka amat perlu untuk masyarakat Bumiputera Penan dan Bumiputera lain, terutamanya yang miskin, diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ketat, secepat mungkin. Bukan hanya untuk membawa pembangunan, juga kerana elemen subversif kuasa asing tersebut makin merbahaya, termasuk melalui NGO-NGO Barat-Zionis dan tempatan, dan sekutu kuat DAP/PKR mereka. Mereka sudah menyamar sebagai gereja biasa, NGO-NGO alam sekitar ataupun kononnya nak menolong hak asasi orang miskin/teraniaya, syarikat korporat termasuk syarikat perumahan, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar. Di Amerika Utara pun, ada sistem yang ketat begini untuk melindungi Tanah /Native Reserve)dan penduduk Bumiputera Native Americans/Canadians - walaupun mereka makin ditindas termasuk dengan kemasukan jutaan imigran, kerana tidak lantang bersuara mempertahankan hak mereka.

    Semasa saya melawati perkampungan Bumiputera bukan Islam makin dihasut membenci Islam, kerajaan BN dan Bumiputera lain yang Islam seperti kaum Melanau dan Melayu. Bahkan, saya diberitahu ada orang Penan dihasut berhenti kerja dengan kerajaan termasuk sebagai guru. Dan saya ada berjumpa seorang ‘aktivis‘ BMF yang sungguh berahsia, yang sekarang saya syaki dari Intellegence Jerman – dan dia menggunakan beras dan wang untuk memperdayakan masyarakat Bumiputera miskin, terutamanya orang Penan, serta mempunyai alat-alat teknologi canggih termasuk untuk logistik. Maka ini harus disiasat dengan tegas. Bahkan Theresa Kok dari DAP dan yang lain dari PKR, selalu ke Jerman. Juga jangan lupa, satu lagi NGO Barat-Zionis Transparency International yang asyik hentam polis dan K‘jaan BN, berpusat di Berlin, serta juga pusat Kristian Zionis!

    Lagipun, walaupun BMF berpusat di Basel di Switzerland, Basel itu bersempadan dengan Jerman dan ramai rakyat Jerman di sana. Jadi saya amat mengesyaki. BMF telah diambil alih politik kotor dari k‘jaan dan Intelligence Jerman.

    Dan dengan penemuan baru minyak-gas yang bertimbun di Malaysia Timur, syarikat-syarikat gergasi Barat-Zionis terutamanya Shell dan BP, amat marah dan dengki dengan Petronas dan ingin menguasai semula. Oleh kerana itulah Barat-Israel terlibat dengan elemen subversif di seluruh Malaysia termasuk di Malaysia Timur, dan berpusat di Miri dan Kucing contohnya, melalui BMF dan Global Witness, dan sekutu kuat mereka dari DAP/PKR durjana itu.

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, serta bangsa dan hak Bumiputera.


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Iklankan produk dan perniagaan anda di

    www.produkmuslim.info

    Daftar segera ia percuma

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. menarik juga kalau bnr terjadi mesti senario pemerintahan akan menyaksikan bnyak perubahan Drastik, kita tunggu PRK kuala Besut ... mesti lebigh kalut

    My update: Alvin dan Vivian telah ditangkap, apakah nasib Adlin (Makcik Hajjah Sitt Al Wuzura)

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger