Friday, July 19, 2013

PASANGAN PORNO ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE DAH BUAT SECARA TERANG TETAPI MENGAKU TIDAK BERSALAH


Apakah masih mengaku tidak bersalah setelah secara terang facebook itu milik mereka dan memuat naik gambar mereka yang menghina kesucian Ramadhan dan Islam?

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Pasangan tersebut Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web.

Tindakan mahkamah yang meluluskan permohonan pendakwaan agar pasangan itu tidak dibebaskan dengan jaminan sehingga selesai perbicaraan adalah sesuatu yang betul dan terpuji. Jika dibebaskan pastinya pasangan itu akan memuat naik gambar dan video terbaru mereka yang kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Juga, keputusan mahkamah mengasingkan penjara kedua-dua mereka sesuatu yang baik supaya mereka tidak lagi melakukan kerja-kerja porno.

Alvin ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Ogos ini. Semoga kedua-duanya selamat dalam penjara itu.

Pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat setelah mereka berdua ditahan pihak polis ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvin dan Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada pukul 10.48 malam, tarikh dan tempat yang sama, pasangan penulis blog itu turut didakwa memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 5(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi peguam bela Chong Joo Tian yang mewakili Alvin dan Vivian bagaimanapun memohon jaminan ditawarkan kepada anak-anak guamnya memandangkan mereka tidak sepatutnya dihukum sebelum disabitkan bersalah atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.


Bagaimanapun, permohonan peguam bela Chong Joo Tian itu tidak dilayan mahkamah.

2 komen:

  1. Show no mercy to cinabeng Alvin dan Vivian!

    Selamat berhari raya dalam penjara. Dalam penjara ramai banduan yang gersang depan belakang...

    Sup babi tak da tapi sup ceroi banyak...wangi, enak dan menyelerakan!

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Lepas ni mereka nak kata gambar tu superimpose macam yang puak pembangkang selalu gunakan untuk membela kesalahan ketua mereka.... Sebab tu mereka awal2 mengaku tidak bersalah... sebab nak menipu semasa perbicaraan nanti... Puak ni mereka aje yang betul.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger