Tuesday, July 16, 2013

PILIHAN AHLI PARIMEN DAP SIBU: KEJADIAN HANGUS RUMAH DI KAMPUNG DATU/ KAMPUNG HILIR ATAU RUMAH KEDAI MILIK PENIAGA CINA?


Kejadian yang memusnahkan kira-kira 100 buah rumah tradisi milik orang Melayu di Sibu sebelum ini telah menggemparkan rakyat Sarawak dan Malaysia amnya. Ramai yang tidak menyangka penempatan yang berusia hampir 100 tahun itu lenyap tidak sampai satu jam disebabkan api yang marak.

Atas dasar keprihatinan rakyat Sarawak dan Malaysia, sejumlah lebih RM2 juta telah berjaya dikumpul hasil sumbangan Kerajaan Negeri Sarawak, jabatan/ agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan. Di samping itu, baju-baju terpakai dan barangan keperluan makanan sehingga kini masih disalurkan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Dan, semalam satu lagi kejadian kebakaran yang juga berlaku di Sibu apabila satu blok rumah kedai yang merangkumi lebih 20 jenis perniagaan terletak di Jalan Tukang Besi di bandar ini musnah.

Kebakaran dipercayai bermula pada jam 11.00 pagi dan dapat disaksikan dari jarak lima kilometer dari lokasi kebakaran.

Ketua Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu Rafie Sapar berkata api dipercayai bermula dari tingkat atas salah satu daripada rumah kedai tersebut pada jam 10.50 pagi.

Dua kenderaan pemadam api daripada Balai Bomba Sentral telah dikerahkan ke lokasi kebakaran tiga minit kemudian.


Api merebak dengan pantas dan dalam masa kurang sejam telah memusnahkan hampir keseluruhan blok tersebut.

Turut terjejas sebuah klinik milik kaunselar Dr Isa’ali’ Wasli, pejabat surat khabar The International Times, Makmal BP Blood, sebuah kedai emas, sebuah pejabat insurans, kedai menjual colok, sebuah restoran, kedai motosikal, salun rambut, kedai telefon bimbit, kedai buku, kedai pengurup wang yang juga menjual peluru dan pelbagai barangan.

Rafie memberitahu, seramai 39 anggotanya dan 12 anggota JPAM turut betungkus-lumus memadamkan api.

Beberapa pemilik kedai yang terjejas hanya mampu menyelamatkan sebahagian daripada barang jualan mereka.

Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh turut berada di lokasi kejadian semasa kebakaran tersebut.

Kebakaran tersebut merupakan kali yang ketiga berlaku di bandar ini dalam tempoh setengah tahun ini.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger