Saturday, July 13, 2013

PRK KUALA BESUT: CALON PAS ENDUT @ AZLAN YUSOF BEKAS AHLI UMNO


Sama ada disengajakan atau tidak, calon PAS Endut @ Azlan Yusof mengakui pernah menjadi ahli UMNO dan memegang jawatan di peringkat pemuda cawangan dalam parti itu ketika zaman muda, sebelum membuat keputusan menyertai PAS pada 1997 hingga kini.

Dengan kepentingan yang diperolehi sekarang setelah menyertai PAS, Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Che Long enggan memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya menyifatkan penyertaan itu ketika zaman ‘tidak cerdik’.

Menurut Che Long lagi, sejarah penyertaannya dalam UMNO juga dilihat dari sudut positif, terutamanya bagi menarik rakyat di kawasan berkenaan untuk mengundi UMNO-BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut.


Dan kini, Azlan bukan sahaja berhadapan dengan bekas partinya dahulu, UMNO bahkan berhadapan dengan penyokong UMNO yang kini jelas yakin akan memenangi PRK Kuala Besut. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger