Tuesday, April 30, 2013

DAP BIADAP BUAT KECOH SEBAB BILLBOARD ALTANTUYA

0 komen


Sengaja dan provokasi yang dilakukan DAP menyebabkan suasana kecoh berlaku di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kebiadapan penyokong DAP terhadap Datuk Bandar MBKS seolah-olah seperti kumpulan gengster.

Difahamkan DAP yang diketuai calonnya Chong Chieng Jen tidak berpuas hati apabila papan iklan parti itu diturunkan di dua kawasan, pada minggu lepas. Papan iklan itu dipercayai memaparkan gambar Altantuya yang sememangnya menjadi bahan politik Pakatan Pembangkang khususnya DAP.

Dakwaan itu bagaimanapun disergah Datuk Bandar MBKS, Datuk James Chan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan menurunkan apa-apa bahan kempen seperti yang didakwa oleh pembangkang. Dakwaan itu bersifat provokasi.

Seperti biasa, Chong Chieng Jen gemar membawa berita dan publisiti DAP dalam menghentam kerajaan sepanjang pilihan raya. Dengan membawa wartawan, Chong Chieng Jen mendakwa pekerja MBKS menurunkan papan iklan parti itu yang memaparkan gambar Altantuya pada minggu lepas di Stutong Baru dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Chong memberitahu, tindakan itu adalah salah kerana tidak ada arahan diberikan kepada DAP dan tanpa sebarang penjelasan.

Namun, setelah mendapat penjelasan Datuk Bandar MBKS dan seolah-olah Chong Chieng Jen terperangkap dalam isu mainannya, beliau dan penyokong DAP beredar. 
Read more ►

Monday, April 29, 2013

WAN AZIZAH BERCITA-CITA JADI WANITA PERTAMA ANWAR JADI PERDANA MENTERI

1 komen


Pergi berdua, tetapi pulang seorang-seorang. Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang datang makan angin ke Sarawak sambil berkempen dengan calon PKR. Selepas pulang, diberitakan Wan Azizah ‘ditinggalkan’ di Sarawak bagi membantu calon PKR untuk memenangi hati rakyat Sarawak.

Selepas tidak diperlukan rakyat di Permatang Pauh dan PKR Pusat sehingga tidak dicalonkan, akhirnya Wan Azizah telah dihantar ke Sarawak. Ini merupakan strategi Wan Azizah bagi menenangkan kekecewaan Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Mokhsen dan Naib Pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nee yang tidak terpilih sebagai calon biarpun nama mereka telah ‘dinaikkan’ sebagai calon PKR di Parlimen Petra Jaya dan Parlimen Stampin.

Seperti biasa Wan Azizah cuba memperjelaskan sikap suaminya, Anwar Ibrahim yang sebelum ini dikaitkan dengan video seks bersama Chinadoll pada Pilihan Raya Negeri Sarawak. Namun, penjelasan itu tidak konkrit kerana tidak disertakan dengan jam Omega yang menjadi bukti penting dalam menyelesaikan isu video seks itu.

Wan Azizah juga dilihat tidak konsisten dalam memberikan jawapan berhubung video Anwar bersama seorang lelaki di sebuah hotel dengan menggunakan tajuk ‘Mr Goyang’. Sebaliknya, Wan Azizah hanya menggunapakai jalan selamat dengan mengatakan itu semua konspirasi BN.

Menjadi kelaziman mana-mana isteri akan menyokong kuat suaminya biarpun terpaksa menelan pahit. Seperti biasa Wan Azizah meminta rakyat menyokong Pakatan Pembangkang dan PKR supaya suaminya, Anwar Ibrahim boleh menjawat jawatan Perdana Menteri. Ini sekaligus menjadikan dirinya sebagai wanita pertama Malaysia yang selama ini amat mencemburi Rosmah Mansor.

Selain Anwar Ibrahim bercita-cita sebagai Perdana Menteri, Wan Azizah bercita-cita juga menjadi Wanita Pertama Malaysia.
Read more ►

JELAING MERSAT PENGKHIANAT! RAKYAT WAJAR TOLAK PEMIMPIN YANG BERPALING TADAH

3 komen


Selepas kecewa tidak dipilih sebagai calon BN di Parlimen Saratok, bekas penyandang, Jelaing Mersat kini dilihat ‘bersama’ calon PKR YB Ali Biju yang juga ADUN Krian. Jelaing bersama Ali Biju terlibat dalam satu program kempen PKR di sebuah rumah panjang dalam DUN Krian.

Akibat tidak dipilih sebagai calon, Jelaing Mersat yang sebelum ini merupakan Naib Presiden Kanan SPDP Sarawak telah bertindak keluar parti. Tindakan dibuat selepas senarai nama calon BN diumumkan oleh Pengerusi BN Sarawak.

Tindakan Jelaing dan beberapa penyokongnya itu bukan budaya BN secara langsung dianggap sebagai berpaling tadah. Mana tidaknya, selama ini Jelaing diangkat sebagai calon BN di Parlimen Saratok atas keputusan BN dan SPDP, tetapi apabila tidak terpilih berpaling tadah pula kepada BN.

Jika Jelaing dan penyokongnya menganggap bahawa pencalonan Presiden SPDP di Saratok tidak berpandukan akar umbi (rakyat) dan ahli parti, namun secara majoritinya rakyat Saratok menyambut pencalonan Presiden SPDP sebagai calon bagi menentang ADUN Krian, Ali Biju.

Lawatan Perdana Menteri ke Saratok yang dihadiri ribuan penduduk khususnya penyokong BN menunjukkan bahawa BN masih relevan buat rakyat Saratok. Mereka tahu bahawa bukan calon yang boleh membawa perubahan sebaliknya parti yang kukuh dan teguh menjamin kesejahteraan.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi parti yang kukuh menjamin kesejahteraan rakyat. Rakyat wajar menilai kesungguhan parti untuk terus memerintah negara biarpun pemimpinnya bertukar ganti. 
Read more ►

Sunday, April 28, 2013

CIKGU KURANG AJAR DAN TIDAK KENANG BUDI AJAK UNDI DAP

6 komen


Sama ada wajar atau tidak wajar, kenapa kerjaya cikgu yang dianggap mulia itu disalahgunakan untuk membenci kerajaan dengan pelbagai tohmahan. Ini suatu tindakan yang kurang ajar.

Sepatutnya guru yang dibayar gaji besar itu ditugaskan untuk mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan untuk keperluan masa depan dan bukannya diupah untuk mengajar politik. Jika hendak berpolitik, lebih baik berhenti sahaja dan sertai DAP secara sepenuh masa.


Teringat peribahasa Melayu yang berbunyi "Bagaikan melepas babi yang tersepit" atau "Seperti anjing kurap yang menggigit tangan yang menyuapnya."

Mungkin peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan segelintir cikgu-cikgu Cina dari beberapa sekolah mubaligh dan  sekolah Cina di Sibu yang dikesan berkempen kepada para pelajar tingkatan enam dan keluarga mereka agar mengundi DAP dan MENENTANG BN.

Apa tidaknya? Kerajaan BN telah bagi  RM31.67 juta untuk  semua sekolah mubaligh bantuan kerajaan termasuk di Sarawak. Daripada jumlah itu, RM25.68 juta adalah peruntukan pembangunan, manakala RM5.49 juta lagi untuk peruntukan mengurus.

Bagi tempoh 2009 dan 2010 sahaja kerajaan membelanjakan RM40.13 juta  bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah mubaligh.

Untuk Sarawak, pemberian terbaru sebanyak RM50,000 yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disampaikan pada awal bulan ini.

Muhyiddin malah memberitahu kerajaan BN akan menyediakan belanjawan tetap setiap tahun untuk sekolah mubaligh di negeri ini. Apakah kerajaan negeri pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini ada membuat sumbangan yang sama?

Sumber: Keadilan X Sarawak


‘Cikgu’ macam ini tidak layak dipanggil cikgu kerana telah menyalahkan profesionalismenya sebagai cikgu. Adalah wajar mereka ini letak jawatan dan sertai DAP tanpa berselindung.

PENGECUT!!!!
Read more ►

Saturday, April 27, 2013

SEMAKIN DEKAT HARI MENGUNDI SEMAKIN RAMAI PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG KELUAR PARTI

4 komen


Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, 2 kejadian yang melibatkan ahli Pakatan Pembangkang telah direkodkan di Parlimen Batang Sadong dan Parlimen Serian yang mana kedua-duanya dalam Bahagian Samarahan.

Di Parlimen Batang Sadong, Pengerusi PAS Ranting Kampung Lintang, Jaie, Sauni Bujang telah bertindak keluar parti dan menyertai BN. Sebagai bukti kecewanya terhadap PAS, Sauni telah menyerahkan borang keahlian PBB Cawangan Sadong kepada Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Sauni dan rakan-rakan menegaskan akan memberikan sokongan kepada calon BN dalam mempertahankan Parlimen Batang Sadong.


“Saya sudah tidak mempercayai dakyah Pakatan Pembangkang yang hanya pandai memutarbelitkan cerita,” tegas Sauni.

Di Parlimen Serian, seramai 30 orang DAP Cawangan Serian telah mengumumkan keluar parti dan menyertai BN. Kumpulan tersebut yang diketuai Mathew Laiit (Ketua Operasi DAP Serian), Tayal ak Janten (Ketua DAP Riih Mawang) dan Tegas (Ketua DAP Kampung Taee).

Penyerahan borang keahlian SUPP diserahkan kepada calon BN, Datuk Richard Riot dalam satu majlis ringkas.

Melihat kepada situasi semasa ini telah memberikan tamparan hebat kepada PAS dan DAP di kedua-dua kawasan Parlimen dan Sarawak khususnya dalam memenangi PRU-13. 
Read more ►

Friday, April 26, 2013

ANWAR DAN AZIZAH ‘BERCUTI’ DI MIRI HARI INI

4 komen


Pelik. Tidak pernah dalam sejarah Anwar Ibrahim datang ke Sarawak ‘membawa’ isterinya Wan Azizah ke Miri bagi membantu calon PKR, Dr Michael Teo berkempen dalam PRU-13. Apakah Anwar membawa Wan Azizah semata-mata mahu menutup aibnya yang pernah dikaitkan dengan seorang ‘lelaki’.

Anwar akan mengadakan ceramah PKR di hadapan klinik Dr Michael Teo dan bangunan Pejabat PKR Miri di Miri Waterfront di sini, pada hari ini bermula jam 7 malam bagi ‘memenangkan’ PKR dan seterusnya menghangatkan suasana kempen pilihan raya di Sarawak.

Setelah memasuki hari ke 6 kempen PRU-13, BN telah mendahului Pakatan Pembangkang dan Pembangkang tempatan dari segi bahan kempen dan sokongan termasuklah masalah dalaman BN itu sendiri. Manakala Pakatan Pembangkang dan Pakatan tempatan lebih banyak mengambil pendekatan tunggu dan dilihat. Mungkin agaknya kempen PRU-13 kali terlalu lama dan Pakatan Pembangkang dan Pakatan tempatan dikatakan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan stabil.

Calon PKR Parlimen Miri berkeyakinan bahawa dirinya berpeluang cerah untuk menang PRU-13 ini walaupun tidak mendapat bantuan dan sokongan daripada DAP Sarawak.

Dr Teo bakal berdepan dengan cabaran sengit calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Datuk Sebastian Ting daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Read more ►

PROTES RAKYAT TERHADAP PKR AKIBATNYA CERAMAH PKR DI TAMAN MALIHAH TIADA SAMBUTAN

2 komen


Sasaran seramai 5,000 penduduk Taman Malihah dijangka akan hadir ke Ceramah ‘Nafas Berbau Petra Jaya’ tetapi yang hadir kurang 100 orang atau kurang 5 peratus yang hadir. Ini sangat mengecewakan hingga menyebabkan calon PKR Parlimen Petra Jaya marah dan bimbang mengenai sokongan yang akan diterimanya dalam PRU-13.

Ceramah yang bermula jam 8.30 malam itu hanya dihadiri daripada kalangan mereka merupakan ahli dan penyokong PKR yang dibawa sendiri oleh jentera pilihan raya PKR Petra Jaya.

Seperti biasa dalam ceramah-ceramah calon PKR Parlimen Petra Jaya sebelum ini membuka bicara dengan memuji rakyat di Petra Jaya dan Satok telah matang dan lebih tahu menilai mana permata dan mana kaca terutama dalam memilih wakil rakyat yang benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat.

Ahmad Nazib menabur banyak isu yang gagal diselesaikan di Petra Jaya oleh penyandang dan kerajaan sedia ada tetapi rakyat khasnya masyarakat Melayu masih buta dan tidak tahu menilai isu perkauman yang dibawa oleh BN.

Seperti biasa apa yang diungkapkan calon PKR jangan dijadikan sandaran khususnya bila bercakap dalam soal manifesto. Ini kerana manifesto Pakatan Pembangkang bukan janji.

Nazib turut berjanji jika beliau berjaya menawan Parlimen Petra Jaya ini, perkara pertama yang akan beliau laksanakan ialah membina jejambat di bulatan yang menuju ke Matang, Petra Jaya, Jalan Astana dan Satok.

Dengan penuh yakin Ahmad Nazib memberitahu bahawa 145 daripada 222 kerusi Parlimen kini dalam genggaman Pakatan Pembangkang dan memerlukan tiga lagi kerusi untuk menang dua pertiga kerusi.

Dalam pada itu antara kandungan manifesto PR yang ditekankan pada ceramah itu malam kelmarin ialah menurunkan harga kereta serta cukai kenderaan sebanyak 20 peratus setiap tahun dalam tempoh lima tahun.

Turut hadir memberikan sokongan kepada calon PKR Petra Jaya itu malam kelmarin ialah calon DAP Stampin Julian Tan yang akan mencabar calon BN Stampin Datuk Yong Khoon Seng.
Read more ►

CALON PKR BIADAP EKSPLOITASI PAKAIAN SERAGAM POLIS TRAFIK CETUSKAN KEMARAHAN RAKYAT

3 komen


Tindakan calon PKR Parlimen Petra Jaya menggunapakai pakaian trafik pada billboard yang diletakkan di bulatan Petra Jaya menimbulkan rasa tidak senang bagi kebanyakan masyarakat Petra Jaya.

Ini boleh disifatkan sebagai tindakan mengeksploitasi pakaian seragam polis trafik biarpun beliau bukanlah seorang anggota polis trafik.

SPR sewajarnya peka dengan permasalahan ini dengan meminta calon PKR yang bertanding itu menurunkan billboard yang disifatkan sebagai mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku.

Jika sebelum ini PKR dan Pakatan Pembangkang banyak menunding jari kepada BN dalam meletakkan pelbagai macam pada banner dan billboard, tetapi kali ini ia terkena kepada batang hidung sendiri.

PKR harus sedar bahawa dalam politik mereka seharusnya bersikap profesional dengan mengakui kesalahan sendiri tanpa menunding jari kepada orang lain. 
Read more ►

Thursday, April 25, 2013

PAS SARAWAK LAKSANA HUDUD SELEPAS PRU-13 DAP BERKERAS TOLAK HUDUD

2 komen


Demi kesejahteraan umat Islam, PAS Sarawak menegaskan jika Pakatan Pembangkang berjaya menuju ke Putrajaya, PAS akan melaksanakan hukum hudud biarpun ditentang keras DAP.

PAS Sarawak menyokong penuh kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din dalam melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 kali ini.

“Hukum hudud adalah perintah Allah dan wajib bagi orang Islam untuk mengikutinya atau tergelincir akidah jika tidak mempercayainya”, tegas Adam Ahid, Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Dalam melaksanakan hukum hudud, PAS pelu mendapat kuasa terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakannya. Soal DAP menentang keras, itu perlu dilihat dalam konteks majoriti dalam Pakatan Pembangkang.

Di sebalik sokongan Adam Ahid terhadap PAS Pusat, Setiausaha Agung DAP Sarawak, Chog Chieng Jen dalam akhbar The Star menggesa PAS Sarawak menarik balik kenyataan itu kerana ia bertentangan keras dengan komitmen Pakatan Pembangkang untuk menang PRU-13.

DAP Sarawak menentang keras pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan sebagai menganiayai manusia. Keputusan PAS itu wajar ditentang walau dengan apa cara sekalipun.

Menurut Chong Chieng Jen, kenyataan terbaru PAS Pusat itu telah melanggar persetujuan dalam Pakatan Pembangkang yang bersetuju menggantikan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan. Negara berkebajikan tertakluk dalam manifesto dan bukannya negara Islam. DAP Sarawak sangat menentang keras terhadap penubuhan negara Islam.

Jelas Adam Ahid lagi, Chong Chieng Jen dan DAP Sarawak tidak faham mengenai agenda negara Islam. Mereka sebaliknya menganggap apabila tubuh negara Islam, mereka ini tidak dibolehkan untuk makan babi dan minum arak.

Tanggapan sebegitu tidak wajar kerana ia hanya pandangan yang telah diputarbelitkan BN untuk mengelirukan masyarakat Cina.
Read more ►

Wednesday, April 24, 2013

UNDI DAP SAMA SEPERTI UNDI ANWAR IBRAHIM = SEMUA DAPAT PERCUMA

5 komen


Calon DAP di Parlimen Bintulu, John Brian Anthony menyifatkan undi DAP pada PRU-13 kali ini ialah undi Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri. Jika undi calon BN sama seperti undi Ketua Menteri Sarawak.

Apakah sumbangan DAP terhadap masyarakat orang Dayak sehingga sanggup mengundi DAP dan Pakatan Pembangkang? Harus diingat janji Anwar Ibrahim ke atas rakyat hanyalah janji manis seperti mana yang pernah dibuat Kerajaan Selangor.

Lebih melampau, jika undi DAP dan jadikan Pakatan Pembangkang sebagai kerajaan maka semua air dan pendidikan akan diberikan percuma. Janji itu hanya manis dibibir sahaja, tetapi hendak laksanakan jauh sekali. Semua ini hanya untuk mendapatkan undi.

Sewajarnya rakyat Sarawak jangan tertipu dengan janji-janji Pakatan Pembangkang kerana ianya hanya bersifat bohong. Ingat bahawa Pakatan Pembangkang tidak akan menunaikan janji mereka sebaliknya semua ini hanya kuasa politik. 
Read more ►

CERAMAH PKR ‘NAFAS BERBAU PETRA JAYA’ TIADA DAPAT SAMBUTAN

6 komen


Biarpun sudah diberi ruang dan peluang berkempen politik sempena PRU-13 namun kehadiran penduduk ke Ceramah PKR ‘Nafas Berbau Petra Jaya’ di Lorong C3, Taman Sukma Ria, Petra Jaya tiada mendapat sambutan. Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir dengan kebanyakan mereka terdiri daripada pengikut rombongan PKR dalam setiap ceramah mereka.

Jumlah kehadiran penduduk itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Taman Sukma yang dianggarkan berjumlah lebih 3,000 orang. Melihat kepada angka yang hadir ternyata Ceramah Nafas Berbau Petra Jaya anjuran PKR Cabang Petra Jaya gagal memikat pengundi di DUN Samariang itu.
 
Seperti biasa penceramah yang ditampilkan PKR Cabang Petra Jaya semuanya muka-muka penipu dan tidak bersyukur seperti Arip Ameran, Lt Kolonel (B) Abang Hamdan Abang Hadari, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi, Haji Baharudin Datuk Mokhsen dan calon Ahmad Nazib Johari.

Calon PKR bagi Parlimen Petra Jaya ini merupakan calon ‘kitar semula’ yang tewas pada PRN Sarawak ke-10 di DUN Satok.

Begitupun, ramai di kalangan ahli-ahli PKR yang hadir di ceramah itu mempersoalkan kenapa rombongan PKR tidak membawa calon wanita untuk bercakap soal Agenda Wanita yang diperjuangkan PKR? Bagi mereka calon yang sesuai menyampaikan kandungan ceramah itu pastinya Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Datuk Mokhsen.

Menurut sumber, Nurhanim kecewa dengan PKR Sarawak kerana mungkir janji disebabkan memilih Nazib Ahmad Johari sebagai calon PKR di Petra Jaya. akibatnya Nurhanim memboikot kempen PKR khususnya di Petra Jaya. Selayaknya Nurhanim yang layak bercakap soal dasar atau agenda wanita dan bukannya Ahmad Nazib.

Manakala, isu yang dibangkitkan Ahmad Nazib dan rakan-rakannya dalam ceramah Nafas Berbau Petra Jaya lebih bersifat nasional dan telahpun dijayakan Kerajaan BN. Ramai berpendapat isu yang dibawa PKR itu sudah basi dan ketinggalan zaman.

Satu persoalan yang perlu dijawab Ahmad Nazib dan Arip Ameran, apakah mereka berdua ini sudah membayar hutang PTPTN semasa mereka belajar di Universiti Malaya pada tahun pertengahan 1990-an. Atau dengan tawaran mansuhkan PTPTN maka hutang mereka semasa belajar dahulu hapus dengan sendirinya.

Manakala, Lt. Kolonel (B) Abang Hamdan bin Abang Hadari yang menerima pencen yang besar selepas berkhidmat dalam bidang ketenteraan tidak pernah memikirkan nasib rakyat di bawahnya sebaliknya hanya pandai kutuk Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan BN. Jika tidak kerana kerajaan yang ada pada hari ini, nescaya Lt Kolonel (B) tidak akan menerima pencen yang besar dan terlibat dalam tentera.

Cadangan wujudkan tabung rakyat dengan tabungan RM60.00 sebulan hanyalah gimik politik. Ingat seperti kata Khalid Ibrahim, manifesto bukan janji. Apakah rakyat Sarawak tidak melihat bagaimana kepimpinan Kerajaan Selangor Pakatan Pembangkang yang disaman Ibu-Ibu Tunggal Selangor kerana mungkir janji memberikan wang RM100 sebulan kepada ibu tunggal.

Penurunan harga minyak jika Pakatan Pembangkang perintah Malaysia hanyalah janji atas angin kerana mana mungkin Anwar Ibrahim mahu turunkan harga minyak. Harus diingat harga minyak Malaysia tertakluk kepada pasaran dunia dan bukannya ikut suka Anwar Ibrahim saja.

Orang Sarawak jangan terperangkap dengan janji-janji Pakatan Pembangkang yang pada dasarnya tidak akan menunaikannya seperti mana yang terjadi kepada rakyat Selangor dan Pulau Pinang juga Kedah.
Read more ►

Monday, April 22, 2013

GUNA LOGO PKR HANYA SANDIWARA DAP TARIK PENYOKONG PKR

2 komen


Sandiwara yang dicetuskan DAP akhirnya terjawab apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membenarkan DAP menggunakan logo roket dalam PRU-13 ini. Jika sebelum ini DAP bertegas akan menggunakan logo PAS tetapi tidak logo PKR dalam PRU-13 sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PAS.

Di Sarawak, DAP Sarawak semasa pemberian watikah sebelum penamaan calon menyatakan kepada umum bahawa DAP akan menggunakan logo PKR dalam PRU-13 biarpun dibantah keras ahli PKR. Ia sangat berbeza di Semenanjung apabila DAP akan menggunakan logo PAS berbanding PKR. Ini disebabkan PKR lebih menonjol di Sarawak berbanding PAS.

Dan, pada Sabtu, ROS telah mengeluarkan surat rasmi dengan membenarkan DAP menggunakan logo parti itu setelah diterima oleh pegawai pengurus pilihan raya pada hari penamaan calon PRU-13.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata walaupun CEC mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS), tidak bermakna DAP tidak dapat menggunakan logo mereka dan ini dilihat turut memberi impak kepada setiausaha agung parti kerana tidak dapat mengeluarkan surat kebenaran/ watikah untuk calon-calon bertanding di seluruh negara.

Seperti mana angkuhnya pemimpin DAP hingga menyalahkan ROS sebagai menganggu proses penamaan calon dengan mengaitkan logo DAP kerana bimbang menimbulkan masalah dalam parti.

Jelas Wong Ho Leng lagi, DAP sememangnya fokus untuk memenangi Parlimen Sibu dan Lanang berbanding kawasan parlimen lain.

Dalam penamaan calon, DAP turut membawa dua borang pencalonan iaitu borang calon PKR dan DAP. Ini kerana, jika logo DAP ditolak maka calonnya akan mengemukakan borang menggunakan logo PKR.
Read more ►

EDWARD LUWAK DIPECAT AKIBAT SABOTAJ PARTI

0 komen


Tiada kompromi dan dipecat serta merta apabila calon DAP, Edward Andrew Luwak bertindak menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga daripada SUPP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Pemecatan itu berkuatkuasa serta merta kerana ia adalah kesalahan paling serius dalam parti iaitu bertanding menentang ahli parti sendiri dan BN pada PRU-13 ini.

Mengikut sejarah Edward mula menyertai SUPP semasa masih bertugas dengan Shell Malaysia di Miri pada 1994 dengan nombor keahlian Puj-A-0693, tidak pernah menghantar surat peletakan jawatan kepada parti itu.

Dalam rekod SUPP, dari dahulu hingga hari ini Edward tidak pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli kepada SUPP sama ada di bahagian Pujut atau negeri.

Selagi Edward tidak meletak jawatan, bermakna beliau adalah ahli parti dan sebagai ahli parti, bertanding menentang calon parti dan BN pada pilihan raya ini adalah kesalahan paling serius. Justeru, tiada cara lain kecuali memecat Edward daripada parti serta merta.

Mengikut sejarah penyertaan Edward dalam SUPP, sebelum berpindah tugas ke Kuching beliau pernah bertugas di Miri dan menjadi ahli biasa parti itu tanpa sebarang jawatan.

Walaupun beliau mungkin tidak aktif sepanjang bersama parti, namun pada kempen pilihan raya ketika saya bertanding, beliau ada terlibat sama dan memberikan sumbangan. Namun, pada PRU-13 ini Edward mula berpaling tadah dan menyertai DAP dan bertanding di Parlimen Serian. Malah, SUPP sendiri tidak tahu bilakah Edward menyertai DAP.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Edward menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding mewakili DAP menentang calon BN yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) SUPP Datuk Richard Riot Jaem.

Tindakan Edward itu seolah-olah calon DAP di Parlimen Serian itu tidak mempunyai prinsip dan membelakangkan parti. Orang seperti ini diwajar diangkat sebagai pemimpin politik kerana bersikap talam dua muka dan bersifat jahat.

Rakyat sebaliknya harus menilai sikap dan sifat calon itu bagi memastikan pemimpin yang dipilih itu tidak membelakangkan kepercayaan rakyat seperti mana yang dilakukannya ke atas perjuangan parti.

Tiada cara lain yang boleh dilakukan rakyat dan pengundi di Parlimen Serian kecuali menolak calon DAP dan memilih calon BN-SUPP. 
Read more ►

Sunday, April 21, 2013

ANWAR UPAH ‘LELAKI’ JADI PELANDUK 2 SERUPA

0 komen


Kegagalan Anwar Ibrahim ‘membawa’ pelanduk dua serupanya ke Madrasah An-Nahdhoh, Permatang Pauh membuktikan sandiwara terbaru Anwar dalam kempen PRU-13 yang secara sah bermula semalam.

Kegagalan ini berikutan lelaki tersebut meminta bayaran yang lebih dan tidak mampu dibayar Anwar mahupun PKR.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

1. Kami ingin bertanya kepada Anwar, apakah kegagalan membawa pelanduk dua serupa di Madrasah An-Nahdhoh malam tadi berkaitan dengan permintaan 'personaliti' itu yang meminta bayaran lima kali ganda lebih tinggi daripada bayaran asal.

2. Kami difahamkan personaliti itu meminta bayaran berkenaan kerana sekarang adalah musim pilihan raya dan mendapat maklumat bahawa pihak Anwar mempunyai wang bagi mengelirukan rakyat Malaysia dengan menggunakannya.

3. Kami tidak membuat tuduhan melulu, cuma mahu Anwar tampil memberi penjelasan sebenar kerana rakyat terutama pengundi di Permatang Pauh mahu tahu perkara sebenar.

Anwar tolonglah jawab... dah banyak sangat membohongi rakyat.. jika benar sekalipun cakaplah.. 
Read more ►

HARI PERTAMA KEMPEN PAKATAN PEMBANGKANG TIADA DAPAT SAMBUTAN

1 komen


Selepas penamaan calon, maka bermula kempen politik di seluruh Malaysia selama 15 hari. Masing-masing calon dan parti politik ‘menjual’ dan ‘memasarkan’ calon dan produk bagi menarik ramai ‘pembeli’. Tetapi, hakikatnya kempen politik telahpun lama bermula sejak beberapa tahun lalu khususnya di kalangan pengundi

Di Parlimen Petra Jaya, ceramah politik calon PKR Ahamd Nazib yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat sambutan rakyat biarpun lokasinya strategik di hadapan Jalan Satok yang sesak dengan kenderaan. Jika sebelum ini lokasi ceramah PKR itu diadakan di kawasan kampung, tetapi kali ini mereka menggunakan lokasi lebih strategik. Yang mengejutkan sambutan yang diterima rakyat di kawasan Parlimen Petra Jaya ke atas ceramah Pakatan Pembangkang itu amat mendukacitakan.

Di Parlimen Petra Jaya menyaksikan satu lawan satu antara penyandang Datu Fadillah Yusuf dan calon PKR yang pernah kalah dalam PRN Sarawak di DUN Satok, Ahmad Nazib.


Selain di Parlimen Petra Jaya, kejadian yang sama turut berlaku kepada calon PAS bagi DUN Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar (berdiri tengah) menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 10 orang penyokongnya di Kampung Pantai, Lenggeng.

Seperti biasa intipati calon PAS itu berkaitan soal janji, habuan dan kebaikan menyokong pembangkang, khususnya PAS, Zulkefly nyata gagal menarik perhatian orang ramai untuk hadir ke ceramah yang dibuat di bawah sebuah khemah itu.

Tambahan pula, kemampuan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ishak Ismail yang turut mengadakan ceramah pada jarak 50 meter itu, lebih menggamit penyokong untuk hadir mendengarnya.

Lebih menyedihkan ceramah bermula pukul 10 malam di kem Pas itu, tidak kedengaran laungan "takbir" seperti selalu, malah wajah penyokong yang mendengarnya juga kelihatan mengantuk.

Zulkefly dalam ceramahnya yang hambar itu, menggunakan kesempatan untuk memburuk-buruk BN khususnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya gagal menguruskan negara.
Read more ►

PAKATAN PEMBANGKANG TIADA KATA SEPAKAT BERLAWAN SESAMA SENDIRI

0 komen


Seperti yang dijangka, penamaan calon semalam menyaksikan bagaimana Pakatan Pembangkang di kebanyakan Parlimen dan DUN tidak sepakat apabila masing-masing (DAP, PKR dan PAS) bertanding sesama sendiri menentang BN.

Di kerusi DUN Sungai Acheh, calon BN Mahmud Zakaria ditentang dua calon Pakatan Pembangkang, Badrul Hisham Shaharin PKR dan Mohd Yusni Mat Piah PAS. Akibat ketiadaan kata sepakat maka kedua-dua calon Pakatan Pembangkang itu telah mengemukakan pencalonan masing-masing.

Apakah ini yang dikatakan mereka PAS dan PKR berkongsi kuasa dan baik antara sesama mereka? Kalau kerusi DUN macam ni pun tak boleh nak selesaikan apatah lagi kerusi Perdana Menteri kelak? Apa yang berlaku di Sungai Acheh membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang tidak sepakat untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia.
Read more ►

PENAMAAN CALON PRU-13 KANAK-KANAK DIEKSPLOITASI UNTUK TARIK UNDI

1 komen


Sekitar penamaan calon di Sarawak semalam menyaksikan kesemua 31 Parlimen di Sarawak menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya satu lawan satu. Bagaimanapun, ada beberapa Parlimen memperlihatkan pertandingan 4 penjuru khususnya melibatkan penyertaan calon Bebas dan STAR.

Ketika kemeriahan calon dan ahli-ahli parti di pusat penamaan calon ada insiden yang sangat mendukacitakan. Ini berlaku di pusat penamaan calon Parlimen Santubong di IKM dan di Parlimen Kota Samarahan di Dewan Suarah Samarahan. Kedua-dua pusat penamaan calon ini menyaksikan penyokong-penyokong PKR dan PAS telah membawa anak-anak kecil untuk turut serta mengiringi calon.

Selain berjemur dan diapit dalam suasana sesak, ibu bapa kanak-kanak tersebut sedikitpun tidak menghiraukannya sebaliknya lebih fokus kepada calon masing-masing yang akan bertanding.

Jika sebelum ini penyokong Pakatan Pembangkang membawa anak-anak mereka menyertai Perhimpunan BERSIH yang digunakan sebagai perisai, tetapi kali ini mereka menggunakan kanak-kanak sebagai modal untuk meraih sokongan pengundi. Alasannya, kanak-kanak pun sokong calon Pakatan Pembangkang.

Perbuatan ini sebenarnya banyak mengundang kesan negatif kepada kanak-kanak selain daripada mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan politik. Sewajarnya dalam dunia yang moden ini, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Adalah teterdesaknya Pakatan Pembangkang mempergunakan kanak-kanak demi mencapai kepentingan politik mereka untuk menang PRU-13 ini.
Read more ►

Saturday, April 20, 2013

KITA JADI CALON PRU-13 SEBAGAI GANTI KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

5 komen


Mengulas mengenai calon PRU-13, Mursyidul Am PAS mengatakan kesemua calon PAS yang terpilih terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Kerana kita ini jadi calon ganti Nabi Muhammad, Nabi Muhammad ini ganti pada Allah SWT, Allah turun kuasa pada Nabi Muhammad, Nabi meninggal, kita pula bertanggungjawab.

Pemilihan anaknya, Nik Abduh Nik Mat bertanding di Parlimen Pasir Mas bukanlah sebagai proksi beliau atau mewakilinya dalam kancah politik Pas Kelantan.

Sebaliknya, beliau mendakwa tidak pernah sepatah pun menyebut kepada anaknya untuk menjadi calon pada pilihan raya ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz tetap bersyukur apabila nama Nik Abduh tersenarai sebagai calon.
Read more ►

ANWAR IBRAHIM KEMPUNAN MELAWAN PAPA GOMO DI PARLIMEN PERMATANG PAUH

1 komen


Hasrat rakyat Malaysia melihat pertarungan dramatik antara Anwar Ibrahim dan Papa Gomo dalam PRU-13 di Parlimen Permatang Pauh tidak kesampaian apabila lawannya Papa Gomo menarik diri bagi bertanding di kerusi itu atas alasan bagi memberikan laluan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mazlan Ismail mencipta kemenangan di kubu kuat Ketua Pembangkang itu.

Papa Gomo percaya calon BN, Dr. Mazlan Ismail adalah orang yang terbaik untuk mengalahkan Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuatnya selama ini. Tetapi, tidak kali ini di mana kekalahan akan dicapai Anwar Ibrahim ekoran penerimaan besar pengundi di Permatang Pauh ke atas jenama BN dan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun keinginan Papa Gomo menarik diri daripada calon Bebas, namun beliau percaya kekalahan akan diterima Anwar Ibrahim. Sebagai menuju ke usaha itu, Papa Gomo akan tetap meneruskan usaha membongkar tindak-tanduk serta kegiatan-kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim demi agama, bangsa dan tanah air.

Bersama Papa Gomo pastinya blogger pro-kerajaan yang kebanyakannya tidak ditaja BN mahupun UMNO termasuk Wira Kenyalang sendiri.

Menurut Papa Gomo, beliau mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen calon BN, Dr. Mazlan bagi 'mentalkinkan' Anwar di PRU-13 ini.

Papa Gomo juga dengan tegas mengatakan keputusan tidak bertanding bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia ini bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar Ibrahim.

"Sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar Ibrahim sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin negara ini.

Seperti yang dijanjikan Papa Gomo berjanji sepanjang kempen PRU-13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti, beliau akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh untuk berkempen bagi memenangkan calon BN dan untuk kali ini, yakin Anwar Ibrahim boleh ditumbang dan ditelanjangkan seperti mana dalam video dan gambar liwatnya.
Read more ►

Friday, April 19, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG DI SARAWAK TIDAK SEPAKAT LAWAN SESAMA SENDIRI

0 komen


Hasrat mahu menyaksikan BN melawan Pakatan Pembangkang tidak kesampaian apabila menyaksikan Pakatan Pembangkang melawan sesama sendiri. Di Parlimen Miri misalnya, menyaksikan pertembungan rakan sepasukan dalam Pakatan Pembangkang iaitu DAP dan PKR akan bertemu dan saling menentang satu sama lain.

Pengumuman rasmi DAP yang mencalonkan Ketua Wanita Senadin Lim Su Kien, bertindih dengan keputusan PKR yang akan meletakkan Ketua PKR Miri Dr Michael Teo sebagai calonnya di kerusi yang sama, menentang calon BN-SUPP Datuk Sebastian Ting.

Ini menyaksikan pertembungan kerusi Parlimen Miri yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu mungkin tidak menjadi kenyataan, sebaliknya bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pengesahan mengenai pencalonan Lim telah diumumkan oleh ejen pilihan raya DAP Miri Hong Ching Loo dalam sidang media yang turut dihadiri pengurus kempen Chua Boon Leng di Bilik Gerakan Pilihan Raya DAP Miri di Krokop.
Read more ►

SEHINGGA JAM 5.00 PETANG SEBANYAK 267 BORANG PENCALONAN TELAH DIJUAL

0 komen


Sarawak yang mempunyai 31 buah Parlimen daripada 222 Parlimen di Malaysia akan menyaksikan penamaan calon terbesar dalam sejarah pilihan raya Malaysia. Sehingga jam 5 petang tadi, sebanyak 267 borang pencalonan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah dijual kepada pembeli.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat mengenal pasti parti yang akan bertanding kerana setiap pembeli merupakan orang perseorangan.

Sehingga petang tadi hasrat Pakatan Pembangkang mahu melawan Barisan Nasional dengan satu lawan satu di setiap kawasan Parlimen nampaknya tidak kesampaian apabila dilihat berlakunya lawan sengit dalam beberapa penjuru.

Selain menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara BN dan Pakatan Pembangkang turut serta dalam pertembungan itu pastinya calon Bebas dan STAR. Pakatan Pembangkang yang mengharapkan pertembungan 2 penjuru nampaknya tidak kesampaian apabila banyak Parlimen dijangka akan menyaksikan pertembungan lebih 3 penjuru.

Keadaan ini disebabkan ramai di kalangan rakyat Sarawak kini bercita-cita menjadi Yang Berhormat selain mereka yang kecewa tidak terpilih sebagai calon parti yang mereka wakili. Dijangkakan ramai pemimpin dan ahli PKR mahupun DAP juga PAS yang tidak terpilih akan menjadi calon Bebas dengan menentang calon parti mereka.
Read more ►

Thursday, April 18, 2013

PARLIMEN STAMPIN DAN MIRI JANJIKAN PERTANDINGAN 3 PENJURU

1 komen

Calon PKR di Parlimen Stampin, Voon Shiak Ni dan Dr Michael Teo di Parlimen Miri dikhabarkan telah mendapat surat pentauliahan dari PKR Pusat untuk bertanding di kedua-dua kawasan Parlimen itu biarpun menyedari akan berhadapan dengan rakan dalam Pakatan Pembangkang, DAP.

Selain mendapat surat pentauliahan, kedua-dua calon PKR itu juga dikatakan telah membeli borang pencalonan Parlimen bagi proses penamaan calon PRU-13 yang akan diadakan pada Sabtu, 20 April 2013.

Menurut sumber dalaman PKR, kedua-dua calon PKR itu sepatutnya diberikan ‘hak’ untuk bertanding dalam PRU-13 di Parlimen Stampin dan Miri atas alasan mereka sudah lama ‘berjuang’ membela rakyat di kawasan tersebut.

Tindakan DAP itu sebenarnya bertujuan untuk mencantas PKR yang selayaknya bertanding di kedua-dua kerusi itu. Mana tidaknya, selepas PRN Sarawak, kedua-dua calon PKR itu telah turun padang untuk bertemu rakyat berbanding calon DAP yang hanya mula menampakkan diri sebaik sahaja pembubaran Parlimen.

Sebagai sebuah parti Anwar Ibrahim dan dominan dalam Pakatan Pembangkang, PKR sewajarnya diberikan kerusi itu bagi menebus kembali kekalahan teruk yang pernah dihadapi mereka dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas.

Berbanding DAP yang menang besar dalam PRN Sarawak, sebagai sebuah Pakatan, DAP sewajarnya memberikan peluang dan ruang kepada PKR untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Jika ini berlaku, baharulah dikatakan sebagai sebuah Pakatan. 
Read more ►

KECEWA ANGKARA TIDAK TERPILIH SEBAGAI CALON BUKAN BUDAYA BN

2 komen


Kecewa. Itulah yang boleh digambarkan ke atas situasi politik semasa di Parlimen Sarotok apabila penyandangnya Jelaing Mersat yang juga Naib Presiden Kanan SPDP Sarawak bertindak keluar parti. Bersamanya seramai 320 ahli SPDP juga bertindak keluar parti yang merupakan sebahagian daripada penyokongnya.

Tindakan Jelaing dan beberapa penyokongnya itu bukan budaya BN secara langsung dianggap sebagai berpaling tadah. Mana tidaknya, selama ini Jelaing diangkat sebagai calon BN di Parlimen Saratok atas keputusan BN dan SPDP, tetapi apabila tidak terpilih berpaling tadah pula kepada BN.

Pengumuman calon Parlimen Saratok yang juga merupakan Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom dilihat jalan penyelesaian ke atas kemelut yang berlaku di Parlimen Saratok.

Jika Jelaing dan penyokongnya menganggap bahawa pencalonan Presiden SPDP di Saratok tidak berpandukan akar umbi (rakyat) dan ahli parti, namun secara majoritinya rakyat Saratok menyambut pencalonan Presiden SPDP sebagai calon bagi menentang ADUN Krian, Ali Biju.

Seperti yang dimaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyandang yang tidak terpilih sebagai calon BN dalam PRU-13 ini jangan sabotaj parti. Itu bukan budaya BN kerana bukan peribadi calon yang diutamakan sebaliknya semangat parti.

Jelaing dan penyokongnya telah mengadakan Mesyuarat Tergempar SPDP Parlimen Saratok di Dewan Rumah Dayak Saratok bagi membincangkan masa depan politiknya dengan membuat keputusan untuk keluar SPDP.

Menurut Jelaing, beliau tidak menolak untuk bertanding sebagai calon Bebas sekiranya mendapat sokongan peringkat akar umbi. Sekali lagi Jelaing menggunakan penyokongnya untuk menentang BN dalam mencapai hasrat untuk menjadi Ahli Parlimen.
Read more ►

Wednesday, April 17, 2013

PENYOKONG PAS MAHU MUSTAFA ALI SUMPAH ATAS NAMA ALLAH

1 komen


Setelah hampir seminggu berlaku, suspek utama video seks terbaru ala Anwar Ibrahim, Mustafa Ali yang juga Setiausaha Agung PAS masih belum mahu membuat kenyataan akhbar mahupun media Pakatan Pembangkang. Malah, portal Pakatan Pembangkang, Malaysiakini dan Keadilan Daily terus menerus mendesak agar Setiausaha Agung PAS itu melakukan sesuatu bagi membersihkan nama Pakatan Pembangkang dalam usaha menuju ke Putrajaya.

Keaiban perlakuan Mustafa Ali itu dijangka akan mempengaruhi rakyat untuk mengundi PAS yang selama ini membawa ‘kesucian’ Islam dalam politik. Jika pemimpin Pakatan Pembangkang sebelum ini sangat mempertahankan Anwar Ibrahim dalam video bersama Chinadoll, tetapi kali ini video Mustafa Ali sudah memakan diri.


Justeru, pemimpin dan ahli-ahli PAS mahu Mustafa Ali melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau.

Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah PAS.

Jika tidak, kes ini sama seperti kes video yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sehingga kini tidak mahu melakukan sumpah mengikut Islam sebaliknya hanya menafikan tuduhan itu.

Andai Mustafa Ali tidak mahu melakukan sumpah mengikut cara Islam, cara terbaik ialah beliau perlu meletakkan jawatan sekarang.

''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama PAS terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

Tidak dinafikan video itu telah menyentuh hati ulama PAS kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada PAS.

''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi.
Read more ►

SENARAI NAMA CALON BARISAN NASIONAL PERINGKAT PARLIMEN PRU-13

2 komen


Senarai calon Barisan Nasional yang akan bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, yang diumumkan semalam.
    
    P001. Padang Besar       : Datuk Zahidi Zainul Abidin (Umno)
    P002. Kangar                   : Ir Shaharuddin Ismail (muka baharu) (Umno)
    P003. Arau           : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Umno)
    P004. Langkawi               : Datuk Nawawi Ahmad (Umno)
    P005. Jerlun                     : Datuk Othman Aziz  (Umno)
    P006. Kubang Pasu        : Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)
    P007. Padang Terap       : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)
    P008. Pokok Sena           : Datuk Shahlan Ismail Umno/muka baharu)
    P009. Alor Setar               : Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA)
    P010. Kuala Kedah         : Dr Zaki Zamani Abdul Rashid (Umno/muka baharu)
    P011. Pendang                : Datuk Othman Abdul (Umno)
    P012. Jerai                        : Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baharu)
    P013. Sik                           : Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baharu)
    P014. Merbok                   : Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baharu)
    P015. Sungai Petani       : Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baharu)
    P016. Baling                     : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)
    P017. Padang Serai        : Datuk Heng Seai Kie (MCA/muka baharu)
    P018. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)
    P019. Tumpat                   : Mansor Salleh (Umno)
    P020. Pengkalan Chepa            : Datuk Dali Husin (Umno)
    P021. Kota Baharu          : Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno)
    P022. Pasir Mas               : Che Johan Che Pa (Umno/ muka baharu)
    P023. Rantau Panjang  : Ghazali Ismail (Umno/muka baharu)
    P024. Kubang Kerian     : Anuar Safian (Umno)
    P025. Bachok                   : Datuk Dr Awang Adek Hussin (Umno)
    P026. Ketereh                  : Tan Sri Annuar Musa (Umno)
    P027. Tanah Merah        : Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno)
    P028. Pasir Puteh           : Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/muka baharu)
    P029. Machang                : Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)
    P030. Jeli                          : Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)
    P031. Kuala Krai              : Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno)
    P032. Gua Musang         : Tengku Razaleigh Hamzah (Umno)
    P033. Besut         : Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
    P034. Setiu                       : Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno/muka baharu)
    P035. Kuala Nerus          : Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (Umno)
    P036. Kuala Terengganu : Mohd Zubir Embong (Umno/muka baharu)
    P037. Marang                   : Datuk Yahya Khatib (Umno)
    P038. Hulu Terengganu : Datuk Jailani Johari (Umno/muka baharu)
    P039. Dungun                 : Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Umno)
    P040. Kemaman              : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
    P041. Kepala Batas         : Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno/muka baru)
    P042. Tasek Gelugor      : Shabudin Yahaya (Umno)
    P043. Bagan                     : Chua Teik Siang (MCA)
    P044. Permatang Pauh : Dr Mazlan Ismail (Umno/muka baharu)
    P045. Bukit Mertajam      : Gui Guat Lye (MCA)
    P046. Batu Kawan          : N. Gobalakrishnan (Gerakan/muka baharu)
    P047. Nibong Tebal        : Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)
    P048. Bukit Bendera       : Teh Leong Meng (Gerakan/muka baharu)
    P049. Tanjong                   : Ng Song Kheng (Gerakan/muka baharu)
    P050. Jelutong                 : Ng Fook On (Gerakan)
    P051. Bukit Gelugor        : Teh Beng Yeam (MCA)
    P052. Bayan Baru           : Tang Heap Seng (MCA)
    P053. Balik Pulau            : Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
    P054. Gerik          : Datuk Hasbullah Osman (Umno)
    P055. Lenggong              : Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Umno)
    P056. Larut          : Datuk Hamzah Zainudin (Umno)
    P057. Parit Buntar           : Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Umno/muka baharu)
    P058. Bagan Serai          : Dr Noor Azmi Ghazali (Umno/muka baharu)
    P059. Bukit Gantang       : Datuk Ismail Safian (Umno)
    P060. Taiping                   : Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)
    P061. Padang Rengas  : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno)
    P062. Sungai Siput         : Datuk S.K Devamany (MIC)
    P063. Tambun                  : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
    P064. Ipoh Timur             : Kathleen Wong Mei Yin (MCA/muka baharu)
    P065. Ipoh Barat              : Dr Cheng Wei Yee (MCA/muka baharu)
    P066. Batu Gajah            : Loo Thin Tuck (MCA/muka baharu)
    P067. Kuala Kangsar : Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (Umno)
    P068. Beruas                    : Datuk Chang Ko Youn (Gerakan)
    P069. Parit                        : Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (Umno)
    P070. Kampar                   : Datuk Lee Chee Leong (MCA)
    P071. Gopeng                  : Datuk Tan Chin Meng (MCA)
    P072. Tapah                     : Datuk M. Saravanan (MIC)
    P073. Pasir Salak            : Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)
    P074. Lumut                     : Datuk Seri Kong Cho Ha (MCA)
    P075. Bagan Datoh         : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
    P076. Teluk Intan            : Datuk Mah Siew Keong (Gerakan)
    P077. Tanjung Malim      : Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA)
    P078.Cameron Highlands : Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
    P079. Lipis                        : Datuk Mohd Shahrum Osman (Umno)
    P080. Raub          : Datuk Hoh Khai Mun (MCA/tukar kerusi)
    P081. Jerantut                  : Ahmad Nazlan Idris (Umno/muka baharu)
    P082. Indera Mahkota     : Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Umno/tukar kerusi)
    PO83. Kuantan                : Datuk Mohamad Suffian Awang (Umno/muka baharu)
    P084. Paya Besar            : Datuk Abdul Manan Ismail (Umno)
    P085. Pekan                     : Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
    P086. Maran                     : Ismail Mutalib (Umno)
    P087. Kuala Krau            : Datuk Ismail Mohd Said (Umno)
    P088. Temerloh                : Datuk Saifuddin Abdullah (Umno)
    P089. Bentong                 : Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA)
    P090. Bera                        : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
    P091. Rompin                  : Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Umno)
    P092. Sabak Bernam      : Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Umno/muka baharu)
    P093. Sungai Besar        : Datuk Noriah Kasnon (Umno)
    P094. Hulu Selangor      : P. Kamalanathan (MIC)
    P095. Tanjong Karang    : Datuk Seri Noh Omar (Umno)
    P096. Kuala Selangor    : Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno/muka baharu)
    P097. Selayang               : Datuk Ir Donald Lim Siang Chai (MCA)
    P098. Gombak                  : Datuk Dr Rahman Ismail (Umno)
    P099. Ampang                 : Dr Rozaidah Talib
    P100. Pandan                  : Garry Lim Chin Yee (MCA)
    P101. Hulu Langat          : Adzhaliza Mohd Nor (Umno/muka baharu)
    P102. Serdang                 : Datuk Yap Pian Hon (MCA)
    P103. Puchong                : A. Kohilan Pillay (Gerakan/muka baharu
    P104. Kelana Jaya          : Loh Seng Kok (MCA)
    P105. Petaling Jaya Selatan : Seah Kok Fah (MCA)
    P106. Petaling Jaya Utara   : Chew Hoong Ling (MCA)
    P107. Subang                  : A. Prakash Rao (MIC/muka baharu)
    P108. Shah Alam            : Zulkifli Noordin (rakan BN)
    P109. Kapar                      : Saktivel Alagappan (MIC)
    P110. Klang                      : Datuk Teh Kim Poo (MCA)
    P111. Kota Raja               : Datuk Murugesan Sinnandavar (MIC)
    P112. Kuala Langat        : Sharuddin Omar (Umno/muka baharu)
    P113. Sepang                  : Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (Umno)
    P114. Kepong                  : Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP)
    P115. Batu           : Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
    P116. Wangsa Maju        : Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah (Umno)
    P117. Segambut              : Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)
    P118. Setiawangsa         : Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)
    P119. Titiwangsa             : Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)
    P120. Bukit Bintang        : Frankie Gan Joon Zin (MCA)
    P121. Lembah Pantai     : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
    P122. Seputeh                 : Nicole Wong Siaw Ting (MCA)
    P123. Cheras                   : Teoh Chee Hooi (MCA)
    P124. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)
    P125. Putrajaya                : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
    P126. Jelebu                    : Zainuddin Ismail (Umno)
    P127. Jempol                    : Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Umno)
    P128. Seremban              : Datuk Dr Yeow Chai Thiam (MCA)
    P129. Kuala Pilah           : Datuk Hasan Malek (Umno)
    P130. Rasah                     : Teo Eng Kian (MCA)
    P131. Rembau                 : Khairy Jamaluddin (Umno)
    P132. Telok Kemang       : Datuk V.S Mogan (MIC)
    P133. Tampin                   : Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Umno)
    P134. Masjid Tanah        : Mas Ermieyati Samsudin (Umno/muka baharu)
    P135. Alor Gajah              : Datuk Koh Nai Kwong (MCA)
    P136. Tangga Batu  : Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno/muka
baharu)
    P137. Bukit Katil              : Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Umno)
    P138. Kota Melaka          : Dr Yee Kok Wah (MCA/muka baharu)
    P139. Jasin                       : Datuk Ahmad Hamzah (Umno)
    P140. Segamat                 : Datuk Seri Dr S. Subramaniam (MIC)
    P141. Sekijang                 : Anuar Abd Manap (Umno/muka baharu)
    P142. Labis                       : Datuk Chua Tee Yong (MCA)
    P143. Pagoh                     : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
    P144. Ledang                   : Hamim Samuri (Umno)
    P145. Bakri                       : Lee Ching Yong (MCA)
    P146. Muar          : Datuk Razali Ibrahim (Umno)
    P147. Parit Sulong          : Datuk Noraini Ahmad  (Umno)
    P148. Ayer Hitam             : Datuk Wee Ka Siong (MCA)
    P149. Seri Gading           : Datuk Ab. Aziz Kaprawi  (Umno)
    P150. Batu Pahat            : Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno)
    P151. Simpang Renggam : Liang Teck Meng (Gerakan)
    P152. Kluang                   : Hou Kok Chung (MCA)  
    P153. Sembrong              : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Umno)  
    P154. Mersing                  : Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Umno)
    P155. Tenggara               : Datuk Halimah Mohamed Sadique (Umno)
    P156. Kota Tinggi            : Datuk Nor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Umno/muka
  baharu)  
    P157. Pengerang             : Datuk Seri Azalina Othman (Umno)
    P158. Tebrau                    : Khoo Soo Seang (MCA/muka baharu)
    P159. Pasir Gudang        : Normala Abdul Samad (Umno/muka baharu)
    P160. Johor Bahru          : Tan Sri Sharil@Shahrir Ab Samad (Umno)
    P161. Pulai                       : Datuk Nur Jazlan Mohamed (Umno)      
    P162. Gelang Patah        : Datuk Abdul Ghani Othman (Umno)  
    P163. Kulai                       : Teh Chin Hein (MCA/muka baharu)
    P164. Pontian                  : Datuk Ahmad Maslan (Umno)
    P165. Tanjong Piai          : Belum diumumkan  
    P166. Labuan                   : Rozman Isli (Umno)
    P167. Kudat         : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)
    P168. Kota Marudu         : Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS)
    P169. Kota Belud             : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno)
    P170. Tuaran                    : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko)
    P171. Sepanggar             : Datuk Jumat Idris (Umno/muka baharu)
    P172. Kota Kinabalu       : Chin Tek Ming (PBS/muka baharu)
    P173. Putatan                  : Datuk Marcus Mojigoh (Upko)
    P174. Penampang          : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko)
    P175. Papar         : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno)
    P176. Kimanis                  : Datuk Anifah Aman (Umno)
    P177. Beaufort                 : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno/bertukar kerusi)
    P178. Sipitang                  : Datuk Sapawi Ahmad (Umno)
    P179. Ranau                    : Datuk Ewon Ebin (Upko)
    P180. Keningau               : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)
    P181. Tenom                    : Belum diumumkan
    P182. Pensiangan          : Belum diumumkan
    P183. Beluran                  : Datuk Ronald Kiandee (Umno)
    P184. Libaran                   : Datuk Juslee Ajirol (Umno)
    P185. Batu Sapi               : Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS)
    P186. Sandakan              : Belum diumumkan
    P187. Kinabatangan       : Datuk Bung Moktar Radin (Umno)
    P188. Silam         : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno/bertukar kerusi)
    P189. Semporna              : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno)
    P190. Tawau                    : Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS/muka baharu)
    P191. Kalabakan             : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno)
    P192. Mas Gading           : Anthony Nogeh Gumbek (SPDP/muka baharu)
    P193. Santubong            : Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
    P194. Petra Jaya              : Datuk Fadillah Yusof (PBB)
    P195. Bandar Kuching  : Tan Kai (SUPP/muka baharu)
    P196. Stampin                  : Datuk Yong Khoon Seng (SUPP)  
    P197. Kota Samarahan  : Rabiah Wang (PBB/muka baharu)
    P198. Mambong               : Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB)
    P199. Serian                     : Datuk Richard Riot (SUPP)
    P200. Batang Sadong   : Nancy Shukri  (PBB)
    P201. Batang Lupar        : Datuk Rohani Abdul Karim  (PBB)
    P202. Sri Aman                : Masir Kujat (PRS)
    P203. Lubok Antu            : William @ Nyallau Badak (PRS)
    P204. Betong                    : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
    P205. Saratok                   : Tan Sri William Mawan  (SPDP)
    P206. Tanjong Manis      : Datuk Norah Abdul Rahman (PBB)
    P207. Igan            : Datuk Abdul Wahab Dolah (PBB)
    P208. Sarikei                    : Ding Kuong Hiing (SUPP)
    P209. Julau                      : Datuk Joseph Salang Gandum  (PRS)
    P210. Kanowit                  : Datuk Ago Dagang (PRS)
    P211. Lanang                   : Datuk Tiong Thai King (SUPP)
    P212. Sibu                        : Vincent Lau Lee Ming (SUPP/muka baharu)
    P213. Mukah                    : Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (PBB)
    P214. Selangau               : Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS)
    P215. Kapit                       : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)
    P216. Hulu Rajang          : Wilson Ugak Kumbong (PRS/muka baharu)
    P217. Bintulu                   : Datuk Seri Tiong King Sing (SPDP)
    P218. Sibuti                      : Ahmad Lai Bujang (PBB)
    P219. Miri                          : Datuk Sebastian Ting (SUPP/muka baharu)
    P220. Baram                     : Anyi Ngau (SPDP/muka baharu)
    P221. Limbang                 : Hasbi Habibollah (PBB)
    P222. Lawas                     : Datuk Henry Sum Agong (PBB)
Read more ►
 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger