Sunday, June 22, 2014

GENAP 3 TAHUN WONG HO LENG AKHIRNYA DIISYTIHARKAN ‘MATI’

0 komen

Takziah diucapkan kepada keluarga bekas ADUN Bukit Assek dari DAP, Wong Ho Leng yang telah diisytiharkan ‘mati’ sebaik sahaja genap 3 tahun DUN Sarawak Ke-10.

Sebelum ini Wong Ho Leng telah dikatakan nazak dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan sebaik sahaja pulang daripada menjalani rawatan kanser di Hospital Elizabeth, Singapura.

Bagaimanapun, kos rawatan perubatan Wong Ho Leng di luar negara itu mencecah kira-kira RM1.5 juta.

Bagi mendapatkan bantuan ihsan daripada Kerajaan Negeri Sarawak, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dalam perbahasan di DUN Sarawak Mei lepas telah memohon bantuan ‘derma’ bagi Wong Ho Leng yang kesuntukan kewangan.

Keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak terserlah apabila Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Haji Satem telah bersetuju mendermakan sebanyak RM1 juta, iaitu nilai yang di luar jangkaan mana-mana pemimpin di Malaysia.

Ramai di kalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan keputusan Ketua Menteri Sarawak itu yang disifatkan sebagai membazir!

Banyak perkara dan projek luar bandar yang boleh dibuat dengan wang sebanyak RM1 juta itu berbanding ‘didermakan’ kepada Wong Ho Leng yang sewaktu hidupnya banyak memfitnah BN dan pemimpin BN yang lain.

Apa pun demi sifat kemanusiaan dan keprihatinan, Ketua Menteri Sarawak menolak anggapan sebegitu dengan harapan kepimpinan baharu Ketua Menteri Sarawak ini dapat diterima oleh masyarakat Cina!

Persoalan sekarang, apakah masyarakat Cina khususnya mereka yang berubah dan beralih arah dari BN kepada pembangkang akan ‘kembali’ kepada BN? Juga, apakah masyarakat Cina yang sememangnya hanya melihat wang dan kekayaan itu mahu berubah kepada BN?

Begitupun, DAP telah kehilangan pemimpin yang bijak berkata-kata dengan intipati pembohongan manakal rakyat di Sarawak sedikitpun tidak merasai kehilangan Wong Ho Leng.


Takziah kepada DAP Sarawak.
Read more ►

Monday, June 16, 2014

RESEPI KEJAYAAN KONTRAKTOR CINA BILA MELAYU DI ALI BABA

0 komen

Sindrom ‘kejayaan’ orang Melayu dalam perniagaan banyak bergantung kepada orang Cina.

Mana tidaknya, tidur saja sudah dapat duit. Hanya guna nama saja sebagai ‘director’ dan sain bila mahu dapatkan tender yang dibuka untuk ‘Bumiputera’ sahaja.

Senang mahu dapat duit tapi sampai bila?

Kerajaan banyak sediakan pinjaman dan modal untuk usahawan atau peniaga Bumiputera memulakan perniagaan tetapi tiada sambutan. Sebabnya, tidak mahu ambil risiko.

Orang Melayu hanya mahu untung atas angin tanpa mahu berusaha. Tapi, bila kerajaan mahu beri BR1M merekalah orang pertama yang duduk tunggu mahu ambil baucar.

Bila kerajaan umum buka Amanah Saham Pelaburan, yang duduk depan bank tunggu mahu simpan wang untuk labur ialah orang Cina. Orang Melayu atau Bumiputera jam 10.00 pagi pun belum tentu kelihatan.

Isu ‘Kontraktor Ali Baba’ bukan baru dan sudah menjadi asam garam bagi orang Melayu yang berniaga.

Dapat saja ‘keuntungan’ atas nama Ali Baba, pasti tukar kereta baru lebih besar dan mahal juga untuk berlagak macam orang kaya.

Tidak kurang juga yang bercita-cita kahwin satu lagi atau pasang perempuan simpanan sebab mampu.


HEBAT!! Kontraktor dari Komuniti Cina Sanggup Pakai Nama "HAJI"?!

Kami tidak terkejut apabila mengetahui wujud beberapa kontraktor dari komuniti cina sanggup menukar namanya atau menggalakkan rakan-rakan Melayu memanggilnya dengan nama "HAJI" !!

Yang Melayu pula seolah-olah diperbodohkan juga memanggil cina itu HAJI! Jika duduk kedai kopi, asyik-asyik puji kontraktor cina. Al-maklum, sudah masyuk, semuanya indah!

Inilah senario sebenar yang berlaku di Sarawak dan tidak mustahil juga berlaku di negeri-negeri lain.

Lihatlah bagaimana HEBATnya usahawan dari komuniti cina! Mereka 120% berusaha menjiwai perwatakan orang Melayu untuk menyapu semua peluang yang ada!

Kita tidak hairan mengapa usahawan dari komuniti cina begitu berjaya menguasai EKONOMI! Dari projek bernilai serendah RM150 sahaja hinggalah projek berjuta-juta, nama orang Melayu jugalah yang HEBAT digunakan sebagai penama dalam satu-satu syarikat. Peruntukan pendidikan pon boleh jadi modal pusingan bantuan kepada usahawan cina?!

Sumber: sematankelawas.com 



Jika masih begini sikap orang Melayu berniaga, bilakah bangsa Melayu akan berjaya dan dapat memenuhi kuota 30% kekayaan di Malaysia?
Read more ►

Tuesday, June 10, 2014

ISU PEMIMPIN SPDP DAN SUPP LOMPAT PARTI HARUS DITANGANI DENGAN BIJAKSANA

0 komen

Isu beberapa ADUN Sarawak yang lompat parti dan menyertai parti baru selepas Persidangan DUN Sarawak Mei lepas disifatkan sebagai keputusan untuk menyelesaikan permasalahan dalaman parti SPDP dan SUPP.

Namun, sehingga kini isu tersebut masih lagi bermain di kalangan ahli politik BN Sarawak dengan masing-masing mahu mempertahankan pendirian tanpa sedikit pun bertolak ansur.

Bercakap dalam program Landskap terbitan RTM bersempena dengan 100 hari sebagai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata beliau hanya masuk campur untuk menangani tindak-tanduk beberapa ahli politik yang keluar daripada dua parti komponen BN dan menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), apabila keadaannya boleh menjejaskan kedudukan BN.

Sebagai pengerusi BN negeri, beliau tidak boleh mencampuri urusan dalaman mana-mana parti komponen. Bagaimanapun, beliau berkewajipan berbuat sesuatu dalam isu itu dengan kedudukannya sebagai penasihat.

Bagaimanapun, BN Sarawak ‘terselamat’ apabila ADUN dan Ahli Parlimen yang melompat parti itu secara terbuka masih menyokong BN dan kepimpinan Adenan Satem.

Sebelum ini Tan Sri William Mawan yang mewakili wakil rakyat yang menyertai TERAS itu berkata mereka akan memohon secara rasmi untuk menyertai BN Sarawak.

Begitu pun, komponen BN Sarawak yang lain seperti SPDP, SUPP dan PRS berkeras tidak akan menerima kemasukan TERAS ke dalam BN Sarawak disebabkan takut kehilangan kerusi yang telah diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.


Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin berkata beliau akan membantah kemasukan Teras ke dalam BN dan yakin parti baharu itu tidak akan diterima kerana bukan sahaja SUPP yang membantahnya, tetapi juga beberapa parti komponen lain, termasuk Parti Rakyat Sarawak (PRS), SPDP serta parti lain di Sabah dan malah, parti dari Semenanjung.

Sumber: Wira Kenyalang
Read more ►

Wednesday, June 4, 2014

FAKTA INILAH YANG MENDORONG YAMMY SAMAT MAHU SAMAN BLOGGER UMNO

0 komen

Yammy Daud selain pernah menjadi Ketua Wanita PERKASA yang pertama, juga merupakan Setiausaha Wanita Bahagian Ipoh Barat. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Yammy Daud memperolehi 6 permit teksi di Ipoh. Dia juga memperolehi 1,500 ekar kompartment balak di Hutan Simpan Kroh. Dia juga memperolehi 1 lot kedai 3 tingkat di Pusing, Ipoh. Turut memperolehi rumah semi-D di Gopeng. Juga pernah memperolehi pinjaman sebanyak RM750,000 dari MARA.

Selain itu, Yammy Daud juga memperolehi AP untuk membawa masuk beras-beras dari Thailand. Dia juga mendapat pajakan 100 ekar tanah lombong besi di Kinta.

Pun begitu, kekayaan tersebut tidak menghalangnya daripada memperolehi layanan kelas pertama untuk anak-anaknya atas nama UMNO, Melayu dan Bumiputera apabila kedudukannya digunakan bagi membolehkan anak-anaknya seramai 3 orang yang berusia dari 7 tahun sehingga ke IPTA ditanggung kos pembelajaran mereka oleh Yayasan Menteri Besar Perak.

Dan yang paling menarik ialah, dia juga mendapat kemudahan membeli sebuah kilang di Taman Industri di Sri Iskandar.

Anak-anaknya tidak pernah membayar sebarang yuran pelajaran. Anak-anaknya juga mendapat Biasiswa Kecil Kerajaan Negeri Perak dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Selain itu, anak-anaknya juga mendapat tajaan BIASISWA KHAS KERAJAAN NEGERI PERAK BAGI PELAJAR IPTA yang bernilai setahun RM24,000. Dan anak-anaknya juga mendapat bantuan khas pelajar cemerlang untuk anak-anak Negeri Perak walaupun Dyana Sofya dan adik-beradiknya tidaklah cemerlang mana dalam bidang akademik pada nilai RM12,000 setahun.

Dyana Sofya juga tidak dikenakan sebarang kos pelajaran di UiTM kerana kosnya ditanggung sepenuhnya, memandangkan dia adalah 'ANAK PEJUANG WANITA UMNO NEGERI PERAK'.

Bayangkanlah dengan segala kemudahan dan keistimewaan sebegitu rupa, selepas satu persatu keistimewaan dan kemudahan itu, sama ada 'telah habis digunakan' atau ditarik balik, tiba-tiba sahaja ibu dan anak ini bergabung menyatakan UMNO tidak adil kepada orang Melayu.

Si anak pula, dalam kempen di Teluk Intan, selepas menikmati pelbagai kesenangan, keistimewaan dan kemudahan, menyatakan UMNO dan Kerajaan tidak adil kepada rakyat Malaysia yang lain kerana tidak memperolehi keistimewaan seperti yang diterima oleh keluarganya.

Tidak pula dia berjanji yang ibunya dan keluarganya AKAN MENYERAHKAN DAN MEMULANGKAN KESEMUA KEISTIMEWAAN SERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN TERSEBUT kepada Kerajaan semula dengan pembayaran faedah daripada perolehan yang telah digunakan demi RAKYAT!

Haram tak pernah sepatah perkataan pun keluar dari mulut Dyana Sofya yang bercakap Melayunya bergulung-gulung macam orang tengah kulum aiskrim!

Memang benar, UMNO tidak adil kepada orang Melayu kerana UMNO membela biawak-biawak lapar seperti Yammy Daud yang diharapkan dapat menyalurkan perolehan-perolehan daripada keistimewaannya untuk masyarakat Melayu di bawah kepimpinan, tetapi malangnya dibolot sendiri dan dijadikan KEWAJIPAN atau UFTI kepada UMNO untuk membayarnya!

Dan memang benar juga, kempen untuk PRK Teluk Intan telah tamat tetapi menelanjangkan manusia-manusia tamak haloba serta serakah bagaikan babi hutan seperti Yammy Daud dan keluarganya, perlu dilakukan demi apa yang mereka sendiri sebutkan iaitu RAKYAT!

Kenapa UMNO seringkali dipandang berat sebelah dan penindas?

Kerana orang-orang seperti Yammy Daud dan anaknya, Dyana Sofya yang tidak memulangkan semula keistimewaan mereka kepada rakyat!

Dan Yammy Daud serta Dyana Sofya bukan seorang dua di Malaysia ini. Jumlah mereka TERSANGAT RAMAI terutama sekali yang tiba-tiba sahaja bertukar menjadi pak lebai dan ustaz berjanggut kambing, bercakap tentang Islam, bercakap tentang kezaliman, bercakap tentang rasuah, bercakap tentang penyelewengan dan segala macam retorik yang lain.


Sumber: Selangor Chronicle
Read more ►

Sunday, June 1, 2014

#PRKTelukIntan HASRAT DYANA SOFYA JADI YANG BERHORMAT TIDAK KESAMPAIAN HANYA KERANA 238 UNDI

0 komen

Kemenangan mutlak akhirnya memihak kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong sehingga ke pengiraan undi terakhir.

Kemenangan tipis dengan hanya majoriti 238 undi bagi mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Ramai pemerhati politik meramalkan kemenangan hanya akan dapat ditentukan oleh peti undi terakhir memandangkan persaingan sengit kedua-dua parti.

Datuk Mah Siew Keong memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi.

Pun begitu, BN mempunyai keyakinan tinggi untuk menang memandangkan calon DAP kali ini Dyana Sofya yang ditampilkan DAP mempunyai banyak kekurangan termasuklah pembohongan demi pembohongan.

Lebih malang lagi Dyana Sofya yang diperkatakan sebagai #BonekaDAP serta sikap beliau ketika beramah mesra dengan pengundi juga menjadi faktor mengapa calon DAP itu ditolak pengundi Teluk Intan.

Melihat kepada undi yang diperolehi Dyana ternyata sikap dan sokongan Cina masih lagi memihak kepada DAP biarpun calon yang diketengahkan DAP itu bukan kemahuan mereka.

Begitupun, jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Teluk Intan kali ini sangat mengecewakan seperti yang diluahkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan hanya 40,236 pengundi bersamaan 66.67 peratus menunaikan kewajipan pada hari ini.


Peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah kedua terendah selepas PRK Bukit Gelugor baru-baru ini.

Sumber: Wira Kenyalang
Read more ►

Thursday, May 29, 2014

OSTAZAH ABBY ABADI FAILKAN PERMOHONAN CERAI

0 komen

Rasanya belum sampai setahun janda Ostazah Abby Abdi mendirikan rumah tangga dengan suami mudanya sudah kedengaran berita menyedihkan.

Ostazah Abby dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor dalam masa terdekat.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dijangka akan memfailkan perceraian terhadap Farhan setelah usaha menjernihkan rumah tangga yang baharu dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.

Minggu lalu, Abby seolah-olah telah membayangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama Farhan apabila meminta agar para peminat mendoakan supaya keadaan rumah tangganya supaya menjadi lebih baik.

"Doakan yang terbaik buat kami, untuk yang terakhir kali," demikian antara tulisan Abby di laman sosial Instagramnya.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak

Apakah yang menyebabkan rumah tangga Ostazah Abby ini bergolak? Apakah ada orang ketiga atau kesibukan Ostazah yang berkempen bersama dengan kepimpinan PAS juga suaminya mempunyai peminat yang jauh lebih cantik dan gebu daripada Ostazah Abby?


Apa pun sebagai manusia pastinya kita tidak mahu melihat rumah tangga orang lain retak dan jika sudah begitu keputusannya, apa boleh buat!!!
Read more ►

Tuesday, May 27, 2014

#PRKTelukIntan PRESIDEN PAS SOKONG DYANA SOFYA BIARPUN SECARA TERANG TIDAK SOKONG HUDUD

1 komen

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan calon DAP Dyana Sofya sebagai seorang yang berani biarpun beliau secara terang menentang pelaksanaan hukum hudud yang dibawa PAS atas sebab menyokong perjuangan DAP.

Hadi juga berkata keberanian seperti yang ditunjukkan oleh Dyana Sofya itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.

"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi calon DAP.

"Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.

Hadi juga dilaporkan sebagai berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.

Dyana seorang yang sangat berani biarpun terlalu menentang hukum hudud sehingga menyebabkan pergolakan besar dalam Pakatan Pembangkang.

Inilah politik PAS yang masih lagi menyokong DAP biarpun jelas parti itu berkeras menentang hukum hudud sekaligus menunjukkan PAS sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan hudud . 

Read more ►

#PRKTelukIntan DYANA AKUI TIDAK BERSELERA DENGAN UMNO

0 komen

Kenapa DAP? Mengapa bukan UMNO? Apakah keputusan ini akan memberi kesan yang tidak baik terhadap masa depan Dyana Sofya yang kini telah menongkah arus hanya kerana tidak berselera dengan UMNO?

Hanya kerana pergaulan rapat dengan Zairil Khir Johari yang juga pemimpin DAP yang pernah sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana dikatakan sebagai Melayu di mana hakikatnya beliau hanyalah ‘anak angkat’ kepada pasangan Melayu dan merupakan kaum Cina pada asalnya.

Daripada sering bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin DAP sehinggalah kepada ditawarkan pekerjaan selepas gagal menamatkan pengajian di UiTM menyebabkan Dyana Sofya terus terpikat kepada DAP.

Biarpun emaknya merupakan ahli UMNO tetapi tewas dalam pemilihan UMNO lepas telah menyebabkan beliau kecewa lalu menyokong anaknya dalam politik biarpun mewakili parti yang menentang UMNO dan BN.

Melihat kepada situasi ini jelas UMNO boleh mengambil tindakan disiplin terhadap ibunya, Yammy Samat yang jelas menyokong pembangkang biarpun calon itu anaknya.
Read more ►

Monday, May 26, 2014

ANWAR IBRAHIM PULA MINTA SIMPATI SETELAH DIHINA BERPULUH-PULUH TAHUN

1 komen

Kejadian yang dilakukan pemimpin DAP, RSN Rayer ke atas pemimpin UMNO telah digunakan sebaiknya oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan merujuk kepada apa yang telah berlaku ke atas dirinya sebelum ini.

Menurut Anwar, selama ini pemimpin UMNO telah menghina dirinya sejak berpuluh tahun lamanya sehinggalah ke hari ini.

“Cara menyerang ini cara biadab. Menggunakan samseng untuk mengugut orang.

Justeru, menyerang DUN Pulau Pinang itu dianggap sebagai suatu ancaman yang sangat serius.



Begitu pun, Anwar tidak pula melihat demonstrasi yang dicetuskan pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang dalam perhimpunan haram dianggap sebagai suatu kesalahan biarpun dengan jelas perbuatan itu melanggar undang-undang. 
Read more ►

Friday, May 23, 2014

PERSEMPADANAN SEMULA BOLEH MENANGANI KONFLIK TERAS DAN KOMPONEN BN SARAWAK

0 komen

Isu yang melibatkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan beberapa komponen BN Sarawak yang lain lebih terarah kepada pembahagian kerusi DUN Sarawak menjelang PRN Sarawak akan datang.

Ini susulan daripada kemasukan pemimpin komponen BN dari SPDP dan SUPP serta seorang pemimpin SWP yang sebelum ini mewakili Bebas.

Jika semua pemimpin TERAS itu bertanding dalam PRN Sarawak akan datang bermakna ia akan menyebabkan SPDP dan SUPP kehilangan banyak kerusi yang akan ditandingi mereka.

Juga, kemasukan bekas ADUN SWP di DUN Pelagus yang mana sebelum ini merupakan ADUN Bebas yang berjaya mengalahkan calon BN-PRS pada PRN Sarawak lepas yang kini menyertai TERAS.

Apakah jika TERAS diterima sebagai komponen BN maka ADUN Teras di DUN Pelagus akan turut bertanding dalam PRN Sarawak atas tiket BN sedangkan kerusi itu dikhususkan kepada PRS?

Demikian juga kepada SPDP dan SUPP kerana sekiranya kesemua ADUN TERAS sekali lagi dipilih sebagai calon pastinya mereka akan cuba mempertahankan kerusi itu dan akan berhadapan dengan calon SPDP dan SUPP yang juga komponen BN.

Inilah yang menjadi persoalan asas terhadap konflik TERAS dan komponen BN yang kini sudah kelihatan runcing sehingga menyebabkan berlakunya pergolakan politik di Sarawak.

Justeru, untuk menangani isu ini jalan terbaik adalah mewujudkan lebih banyak kerusi baharu di DUN Sarawak yang mana ia dapat menampung keperluan ADUN-ADUN yang kini menaungi TERAS.

Dengan persempadanan semula dan mewujudkan kerusi baharu nanti maka tiada lagi isu perebutan kerusi di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Memang diakui kebanyakan pemimpin TERAS mempunyai sokongan kuat daripada akar umbi dan ini sememangnya satu kerugian jika mereka tidak bersama BN.

Rakyat masih berkuasa untuk menentukan wakil rakyat mereka pada PRN akan datang dan terpulanglah kepada perjuangan parti-parti yang menepati cita rasa mereka.

Sumber: Wira Kenyalang
Read more ►
 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger