Sunday, June 1, 2014

#PRKTelukIntan HASRAT DYANA SOFYA JADI YANG BERHORMAT TIDAK KESAMPAIAN HANYA KERANA 238 UNDI


Kemenangan mutlak akhirnya memihak kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong sehingga ke pengiraan undi terakhir.

Kemenangan tipis dengan hanya majoriti 238 undi bagi mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Ramai pemerhati politik meramalkan kemenangan hanya akan dapat ditentukan oleh peti undi terakhir memandangkan persaingan sengit kedua-dua parti.

Datuk Mah Siew Keong memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi.

Pun begitu, BN mempunyai keyakinan tinggi untuk menang memandangkan calon DAP kali ini Dyana Sofya yang ditampilkan DAP mempunyai banyak kekurangan termasuklah pembohongan demi pembohongan.

Lebih malang lagi Dyana Sofya yang diperkatakan sebagai #BonekaDAP serta sikap beliau ketika beramah mesra dengan pengundi juga menjadi faktor mengapa calon DAP itu ditolak pengundi Teluk Intan.

Melihat kepada undi yang diperolehi Dyana ternyata sikap dan sokongan Cina masih lagi memihak kepada DAP biarpun calon yang diketengahkan DAP itu bukan kemahuan mereka.

Begitupun, jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Teluk Intan kali ini sangat mengecewakan seperti yang diluahkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan hanya 40,236 pengundi bersamaan 66.67 peratus menunaikan kewajipan pada hari ini.


Peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah kedua terendah selepas PRK Bukit Gelugor baru-baru ini.

Sumber: Wira Kenyalang

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger