Thursday, May 29, 2014

OSTAZAH ABBY ABADI FAILKAN PERMOHONAN CERAI

0 komen

Rasanya belum sampai setahun janda Ostazah Abby Abdi mendirikan rumah tangga dengan suami mudanya sudah kedengaran berita menyedihkan.

Ostazah Abby dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor dalam masa terdekat.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dijangka akan memfailkan perceraian terhadap Farhan setelah usaha menjernihkan rumah tangga yang baharu dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.

Minggu lalu, Abby seolah-olah telah membayangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama Farhan apabila meminta agar para peminat mendoakan supaya keadaan rumah tangganya supaya menjadi lebih baik.

"Doakan yang terbaik buat kami, untuk yang terakhir kali," demikian antara tulisan Abby di laman sosial Instagramnya.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak

Apakah yang menyebabkan rumah tangga Ostazah Abby ini bergolak? Apakah ada orang ketiga atau kesibukan Ostazah yang berkempen bersama dengan kepimpinan PAS juga suaminya mempunyai peminat yang jauh lebih cantik dan gebu daripada Ostazah Abby?


Apa pun sebagai manusia pastinya kita tidak mahu melihat rumah tangga orang lain retak dan jika sudah begitu keputusannya, apa boleh buat!!!
Read more ►

Tuesday, May 27, 2014

#PRKTelukIntan PRESIDEN PAS SOKONG DYANA SOFYA BIARPUN SECARA TERANG TIDAK SOKONG HUDUD

1 komen

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan calon DAP Dyana Sofya sebagai seorang yang berani biarpun beliau secara terang menentang pelaksanaan hukum hudud yang dibawa PAS atas sebab menyokong perjuangan DAP.

Hadi juga berkata keberanian seperti yang ditunjukkan oleh Dyana Sofya itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.

"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi calon DAP.

"Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.

Hadi juga dilaporkan sebagai berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.

Dyana seorang yang sangat berani biarpun terlalu menentang hukum hudud sehingga menyebabkan pergolakan besar dalam Pakatan Pembangkang.

Inilah politik PAS yang masih lagi menyokong DAP biarpun jelas parti itu berkeras menentang hukum hudud sekaligus menunjukkan PAS sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan hudud . 

Read more ►

#PRKTelukIntan DYANA AKUI TIDAK BERSELERA DENGAN UMNO

0 komen

Kenapa DAP? Mengapa bukan UMNO? Apakah keputusan ini akan memberi kesan yang tidak baik terhadap masa depan Dyana Sofya yang kini telah menongkah arus hanya kerana tidak berselera dengan UMNO?

Hanya kerana pergaulan rapat dengan Zairil Khir Johari yang juga pemimpin DAP yang pernah sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana dikatakan sebagai Melayu di mana hakikatnya beliau hanyalah ‘anak angkat’ kepada pasangan Melayu dan merupakan kaum Cina pada asalnya.

Daripada sering bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin DAP sehinggalah kepada ditawarkan pekerjaan selepas gagal menamatkan pengajian di UiTM menyebabkan Dyana Sofya terus terpikat kepada DAP.

Biarpun emaknya merupakan ahli UMNO tetapi tewas dalam pemilihan UMNO lepas telah menyebabkan beliau kecewa lalu menyokong anaknya dalam politik biarpun mewakili parti yang menentang UMNO dan BN.

Melihat kepada situasi ini jelas UMNO boleh mengambil tindakan disiplin terhadap ibunya, Yammy Samat yang jelas menyokong pembangkang biarpun calon itu anaknya.
Read more ►

Monday, May 26, 2014

ANWAR IBRAHIM PULA MINTA SIMPATI SETELAH DIHINA BERPULUH-PULUH TAHUN

1 komen

Kejadian yang dilakukan pemimpin DAP, RSN Rayer ke atas pemimpin UMNO telah digunakan sebaiknya oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan merujuk kepada apa yang telah berlaku ke atas dirinya sebelum ini.

Menurut Anwar, selama ini pemimpin UMNO telah menghina dirinya sejak berpuluh tahun lamanya sehinggalah ke hari ini.

“Cara menyerang ini cara biadab. Menggunakan samseng untuk mengugut orang.

Justeru, menyerang DUN Pulau Pinang itu dianggap sebagai suatu ancaman yang sangat serius.



Begitu pun, Anwar tidak pula melihat demonstrasi yang dicetuskan pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang dalam perhimpunan haram dianggap sebagai suatu kesalahan biarpun dengan jelas perbuatan itu melanggar undang-undang. 
Read more ►

Friday, May 23, 2014

PERSEMPADANAN SEMULA BOLEH MENANGANI KONFLIK TERAS DAN KOMPONEN BN SARAWAK

0 komen

Isu yang melibatkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan beberapa komponen BN Sarawak yang lain lebih terarah kepada pembahagian kerusi DUN Sarawak menjelang PRN Sarawak akan datang.

Ini susulan daripada kemasukan pemimpin komponen BN dari SPDP dan SUPP serta seorang pemimpin SWP yang sebelum ini mewakili Bebas.

Jika semua pemimpin TERAS itu bertanding dalam PRN Sarawak akan datang bermakna ia akan menyebabkan SPDP dan SUPP kehilangan banyak kerusi yang akan ditandingi mereka.

Juga, kemasukan bekas ADUN SWP di DUN Pelagus yang mana sebelum ini merupakan ADUN Bebas yang berjaya mengalahkan calon BN-PRS pada PRN Sarawak lepas yang kini menyertai TERAS.

Apakah jika TERAS diterima sebagai komponen BN maka ADUN Teras di DUN Pelagus akan turut bertanding dalam PRN Sarawak atas tiket BN sedangkan kerusi itu dikhususkan kepada PRS?

Demikian juga kepada SPDP dan SUPP kerana sekiranya kesemua ADUN TERAS sekali lagi dipilih sebagai calon pastinya mereka akan cuba mempertahankan kerusi itu dan akan berhadapan dengan calon SPDP dan SUPP yang juga komponen BN.

Inilah yang menjadi persoalan asas terhadap konflik TERAS dan komponen BN yang kini sudah kelihatan runcing sehingga menyebabkan berlakunya pergolakan politik di Sarawak.

Justeru, untuk menangani isu ini jalan terbaik adalah mewujudkan lebih banyak kerusi baharu di DUN Sarawak yang mana ia dapat menampung keperluan ADUN-ADUN yang kini menaungi TERAS.

Dengan persempadanan semula dan mewujudkan kerusi baharu nanti maka tiada lagi isu perebutan kerusi di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Memang diakui kebanyakan pemimpin TERAS mempunyai sokongan kuat daripada akar umbi dan ini sememangnya satu kerugian jika mereka tidak bersama BN.

Rakyat masih berkuasa untuk menentukan wakil rakyat mereka pada PRN akan datang dan terpulanglah kepada perjuangan parti-parti yang menepati cita rasa mereka.

Sumber: Wira Kenyalang
Read more ►
 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger