Wednesday, July 1, 2015

CALON PEMUDA PBB DIINGATKAN AGAR SENTIASA BERSIH

Kenyataan Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadilah Yusof yang mahukan 10 peratus Pemuda PBB bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang disambut baik ahli-ahli Pemuda BN seperti yang pernah disuarakan mereka sebelum ini ketika mengadakan pertemuan di Kuching baru-baru ini. 

Bagaimanapun, Fadillah diingatkan agar tidak menyenaraikan calon Pemuda PBB yang 'tidak bersih' dengan masih lagi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Selain daripada tidak bersih, Ketua Pemuda PBB itu juga tidak memperjudikan nasib dengan menyenaraikan calon yang tidak disukai di kawasan sendiri biarpun memegang jawatan Timbalan Ketua Cawangan PBB. 

Calon itu mungkin disukai di kalangan rakan-rakan kerana sudah dibayar tetapi tidak di kalangan majoriti ahli-ahli parti peringkat cawangan disebabkan perlakuannya yang tidak sopan dan hanya berselindung di sebalik serban dan baju jubah putih. 

Jika tersilap langkah boleh menyebabkan BN kekurangan majoriti atau menang tipis. 

Justeru, saranan kepada Fadilah yang menyenaraikan 10 peratus calon muda dalam PRN Sarawak akan datang amat dialu-alukan. 

"Jika (seseorang) pegang jawatan parti, dia tidak semestinya menjadi calon dalam pilihan raya. Calon boleh dari luar parti pun. Ini adalah amalan PBB pada setiap pilihan raya...kita akan letak 10 peratus calon orang muda," katanya.

Selain PRN Sarawak, corak pemilihan calon ini perlu dikekalkan pada PRU-13 akan datang dalam menjaga imej BN agar dipandang tinggi oleh masyarakat. 

Pada PRU-14 akan datang pastinya ada beberapa muka baru yang akan menghiasi beberapa kerusi Parlimen seperti Parlimen Santubong yang mana penyandangnya kini dalam penggal terakhir. 

1 komen:

  1. Pandi bin Suhaili Tidak layak menjadi wakil Rakyat, semua penduduk bahagian bintulu tahu sikap tamak,suka menjatuh kan orang lain bagi menjayakan agenda beliau silap masuk harapan Bingham rahsia di http://bintulumafia.thoughts.com

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger